MEDAN JAYA, MARANG (31 Januari 2013) : Operasi persekolahan SK Medan Jaya dipantau oleh para pegawai dari Unit Sekolah Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah JPNT, hari ini.
Bagi pihak Unit Pembestarian dan Multimedia SK Medan Jaya mengucapkan selamat datang. Terima kasih di atas pemantauan yang dijalankan. Semoga warga SKMJ terus cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran.
Petikan daripada Blogger Team Unit Sekolah Rendah JPNT pada 31 Januari 2013 :
MARANG - Pagi ini saya dan Ketua Unit Sekolah Rendah (En. Jelani Sulong) sempat memantau perjalanan SK Medan Jaya, Marang . Penyeliaan ini adalah rutin yang dijadualkan oleh Unit Sekolah Rendah dengan berfokus untuk membantu sekolah-sekolah yang dikenalpasti khas untuk dibantu.
SK Medan Jaya walaupun cantik dan molek namun jumlah muridnya agak kecil yakni lebih kurang 186 orang. Mungkin lokasinyakah agak jauh ke belakang atau kerana prestasi UPSR kurang memberangsangkan menyebabkan ia tidak mampu menarik ibubapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah ini? Kemungkinan-kemungkinan itu ada. Namun kita amat yakin jika sesebuah sekolah mampu mengujudkan "kemenjadian murid" yang hebat dan menyeluruh rasanya ibubapa akan sedia berkompromi dengan sedikit susah payah untuk kepentingan anak-anak mereka.
Inilah cabaran yang harus disedari oleh warga SK Medan Jaya. Rasanya semua aspek pengurusan berada pada tahap terbaik. Namun semuanya itu tidak ada makna jika guru peringkat pelaksana tiada mempunyai iltizam, dan semangat tinggi untuk mencipta kejayaan.
Kita sangat yakin input-input yang ada berpotensi untuk dipugar menjadi sesuatu yang hebat dan luar biasa. Kerja-kerja membangun keterbilangan pendidikan adalah kerja-kerja secara kolektif dengan menggunakan kemahiran dan kepakaran yang sedia ada. SK Medan Jaya boleh lakukan. Buktikan bahawa SK Medan Jaya sememangnya hebat dan mampu."

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"
"SK MEDAN JAYA GEMILANG, PASTI TERBILANG"
arms/berita...
No comments:
Post a Comment