Wednesday 24 February 2016

Perarakan Apresiasi Kokurikulum 2016


23 Februari 2016 (Selasa) :Satu perarakan telah diadakan yang terdiri daripada Badan Beruniform Sekolah yang terdiri daripada pelajar serta guru SK Medan Jaya

Ianya merupakan arahan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang diadakan secara serentak di seluruh Negeri Terengganu. Sekalung tahniah di ucapakan kepada semua yang terlibat...Syabas..








Sunday 21 February 2016

SELAMAT HARI LAHIR CIKGU .........


Ahad: 21 Februari 2016: Seramai  3 orang guru yang menyambut ulangtahun kelahiran pada Januari dan diraikan pada pagi ini. Majlis diadakan seusai perhimpunan rasmi sekol ah. Antara guru yang terlibat ialah Sir Mustapha bin Yusoff, Cik Azilawati bt Aziz dan Pn Wan Fauziah bt Wan Nawang. Hadiah disumbangkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT). PK Pentadbiran, En. Che Jemani b Abdullah menyampaikan hadiah kepada guru yang terlibat.
  



Untuk guru-guru lain, sabar menanti bulan kelahiran masing-masing. Terima kasih dan Selamat Hari Lahir Cikgu!!

Saturday 20 February 2016

MAJLIS TEMU MURNI GURU DAN IBU BAPA CALON UPSR 2016

18 Februari 2016 (Khamis) Majlis Temu Murni telah diadakan bagi murid tahun 6. Pendaftaran ibu bapa telah bermula seawal jam 8.30 pagi. Sambutan yang diterima adalah menggalakkan seperti tahun - tahun sebelumnya.

      Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk  mengagihkan jadual kelas tambahan dan memberi penerangan berkenaan dengan program UPSR yang akan diadakan sepanjang tahun 2016. Selain itu majlis ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara guru dan ibubapa,penjaga tahun 6. Program ini diharap dapat meningkatkan potensi murid dan dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan diri dan sekolah.  Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab diantara guru dan para ibubapa, penjaga.

       Komitmen yang diberikan oleh ibu bapa amatlah dihargai. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri program temu murni ini. Semoga para murid SK Medan jaya akan terus berjaya dan mengorak langkah mencipta kejayaan.





MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2016

PERINGKAT SK MEDAN JAYA

17 Februari 2016 (Rabu) -  Majlis Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah telah diadakan sebagai pembuka tirai dalam usaha untuk meningkatkan minat membaca dikalangan murid dan program galakkan membaca yang dilaksanakan di SK Medan Jaya. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Guru Besar, Pn Khalijah bt Omar dan beliau menyempurnakan gimik pelancaran dengan memotong reben pada bunting sebagai simbolik permulaan pelaksanaan program NILAM bagi tahun 2016.

              Sepanjang majlis tersebut turut di adakan jualan buku yang turut di hadiri oleh penulis novel terkenal iaitu Pn Ain Maisarah. Beliau banyak membeli galakkan kepada murid murid untuk cuba menceburkan diri didalam penulisan novel.  ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

              Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pengurusan PSS atas kesungguhan dalam menjayakan pelaksanaan program NILAM di peringkat sekolah, dan mengharapkan agar semua aktiviti yang telah dirancang sempena program tersebut dapat dijalankan dengan lancar.












Saturday 13 February 2016

14 Februari 2016 (Ahad)

Satu majlis ringkas penyampaian hadiah bagi pemenang Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas (PPKI) peringkat daerah Marang yang telah berlangsung pada  4 Februari 2016 bertempat di Padang SMK Sultan Sulaiman. 

Senarai penerima hadiah adalah seperti berikut

1. Noor Fitriah bt Abdullah mendapat Johan Lari 200 Meter dan Ketiga bagi lari 100 Meter

2. M. Aiman Hakim bin Muda mendapat Naib Johan Lompat Jauh dan  Ketiga lari 200 Meter

3. Nur Syabibi Damia bt M. Fadzil mendapat Naib Johan Lompat jauh

4. Allyn Nur Syasya bt Mohd Afendi mendapat tempat ketiga bagi lompat jauh 





Tahniah dan Syabas di ucapkan kepada Noor Fitriah bt Abdullah yang akan mewakili Marang ke peringkat Negeri Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas (PPKI)

Tuesday 2 February 2016


3 Februari 2016: Hari ini telah diadakan senamrobik untuk kesihatan dan kecerdasan. Program yang diadakan melibatkan semua guru dan murid SK Medan Jaya.


Otak yang cerdas adalah berpunca daripada badan yang sihat, justeru langkah yang diadakan oleh pihak sekolah ini adalah amat wajar dan pastinya dapat menghilangkan stress dan tekanan untuk guru 
   




Senamrobik dalaman bagi sekolah ini juga tidak melibatkan pihak luar, malah instruktor senamrobik ini terdiri daripada guru SKMJ juga.









Badan Sihat, Otak Cerdas...jumpa lagi pada masa akan datang......... :)

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...