Wednesday 31 January 2018

MAJLIS TEMU MESRA GURU GURU DAN IBU BAPA CALON UPSR 2018

1 Februari 2108 (Khamis) Majlis Temu mesra telah diadakan bagi murid tahun 6. Pendaftaran ibu bapa telah bermula seawal jam 11:00 pagi. Sambutan yang diterima adalah menggalakkan seperti tahun - tahun sebelumnya.

   Program ini diadakan adalah bertujuan untuk  mengagihkan jadual kelas tambahan dan memberi penerangan berkenaan dengan program UPSR yang akan diadakan sepanjang tahun 2018. Selain itu majlis ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara guru dan ibubapa,penjaga tahun 6. Program ini diharap dapat meningkatkan potensi murid dan dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan diri dan sekolah.  Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab diantara guru dan para ibubapa, penjaga.




       Komitmen yang diberikan oleh ibu bapa amatlah dihargai. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri program temu murni ini. Semoga para murid SK Medan jaya akan terus berjaya dan mengorak langkah mencipta kejayaan.






Tuesday 30 January 2018

Tahniah buat murid-murid SKMJ yang berjaya mendapat keputusan terbaik Ujian Kelas KAFA 2017 yang lalu.




Majlis Pemuafakatan Ibubapa Kelas PPKI SK Medan Jaya pada 29.1.2018. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Ketua Sektor Pend. Swasta dan Pemulihan Khas JPNT, Pn. Hjh Wan Salmah yang hadir merasmikan Majlis tersebut. Turut hadir..En Yusmar dari PPD Marang.











Tuesday 23 January 2018

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2018

PERINGKAT SK MEDAN JAYA

23 Januari 2018  (Selasa) -  Majlis Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah telah diadakan sebagai pembuka tirai dalam usaha untuk meningkatkan minat membaca dikalangan murid dan program galakkan membaca yang dilaksanakan di SK Medan Jaya. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Guru Besar, Pn Khalijah bt Omar dan beliau menyempurnakan gimik pelancaran dengan memotong reben pada bunting sebagai simbolik permulaan pelaksanaan program NILAM bagi tahun 2018
Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pengurusan PSS atas kesungguhan dalam menjayakan pelaksanaan program NILAM di peringkat sekolah, dan mengharapkan agar semua aktiviti yang telah dirancang sempena program tersebut dapat dijalankan dengan lancar.













Wednesday 10 January 2018



Selamat datang kepada Encik Zainuddin bin Yaakub, GPK Ko kurikulum ke SK Medan Jaya yang baru berkuatkuasa pada 8 Januari 2018 bagi menggantikan Encik Mohd Fairuz bin Salim yang bertukar ke SK Jerong sebagai GPK Hal Ehwal Murid......


Tuesday 2 January 2018

Hari Pendaftaran sesi 2018

30 Disember 2017 ( Sabtu ) :  SK Medan Jaya mengadakan hari pendaftaran murid untuk kemasukan sesi 2017 nanti bermula dari Pra Sekolah, Kelas PPKI dan Tahun 1 hingga Tahun 6. Selepas selesai urusan pendaftran di kelas masing masing, ibu bapa dan murid boleh mendapatkan barang keperluan sekolah di Kedai Sekolah.  Alhamdulillah secara keseluruhan hari pendaftran dapat berjalan dengan baik, terima kasih semua warga guru yang memberi kerjasama pada hari ini....SYABAS.. 
















Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...