Thursday 31 January 2013

MTQ DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KPM 2013


MEDAN JAYA, MARANG (1 Februari 2013 ) : Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan hebahan rasmi pelaksanaan Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) dan Festinal Nasyid Sekolah-sekolah (FNSS) Kali Ke-39 Tahun 1434H/2013M.

Sehubungan itu MTQ dan FNSS peringkat Sekolah Rendah dalam Zon 2A Daerah Marang,Terengganu dijadual berlangsung pada bulan Februari ini.

Panitia Pendidikan Islam SK Medan Jaya sedang melakukan persiapan untuk ke pertandingan berkenaan.
Maklumat lanjut pertandingan zon akan menyusul kemudian. Guru dan murid bolehlah merujuk pautan di bawah untuk maklumat lebih lanjut :

MAKLUMAT RASMI MTQ KPM 2013



Blogger Team mengucapkan selamat berjuang.


"AL-QURAN PENJANA WASATIYYAH UMMAH"
"SK MEDAN JAYA GEMILANG, PASTI TERBILANG"



arms/berita...

Wednesday 30 January 2013

PERSEKOLAHAN 2013 : JPNT JALANKAN PEMANTAUAN OPERASI SEKOLAH RENDAH



Ketibaan En. Jelani bin Sulong
(Ketua Unit Sekolah Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah  JPNT)
dan En. Mat Lazim @ Mahasan bin Noor
(Penyelia Kanan Projek Khas/Asli dan Kluster)
disambut oleh Pengurusan Sekolah SK Medan Jaya, hari ini.

MEDAN JAYA, MARANG (31 Januari 2013) : Operasi persekolahan SK Medan Jaya dipantau oleh para pegawai dari Unit Sekolah Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah JPNT, hari ini.

Bagi pihak Unit Pembestarian dan Multimedia SK Medan Jaya mengucapkan selamat datang. Terima kasih di atas pemantauan yang dijalankan. Semoga warga SKMJ terus cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran.

Tuesday 29 January 2013

"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"


Perarakan Maulidur Rasul 1434H SK Medan Jaya bermula.....


MARANG (30 Januari 2013) : SK Medan Jaya telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul 1434H di peringkat sekolah, semalam.

SELAMAT DATANG KE BLOG SK MEDAN JAYA MARANG TERENGGANU


MAKLUMAN DARIPADA BLOGGER TEAM SKMJ 2013 :

MARANG (30 Januari 2013) : Unit Pembestarian dan Multimedia  di bawah JK ICT SK Medan Jaya, Marang pada hari ini melancarkan blog rasmi sekolah. Pasukan blog ini dikenali 'Blogger Team'  dianggotai Ahmad Radzi b Muhammad (Ketua Pengarang) dan Azarul Razamin Mat Said (Pengarang). Kedua-dua mereka ini adalah guru Program j-QAF di SK Medan Jaya bermula tahun ini, 2013. Sebelum ini Ahmad Radzi berkhidmat di SK Paya Resak, Marang dan Azarul Razamin di SK Seri Berang, Hulu Terengganu.

Ahmad Radzi Muhammad adalah lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak dan Azarul Razamin dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang Selangor.

Sekiranya warga SK Medan Jaya mempunyai sebarang kegiatan rasmi guru dan murid untuk dihebahkan, sila hantarkan maklumat seperti nama program/kegiatan, peserta (guru/murid), tempat, pencapaian kemenangan/prestasi, dan peringkat kegiatan (zon/daerah/negeri/kebangsaan) ke alamat emel berikut : skmedanjaya@gmail.com.
Terima kasih kerana menyokong kami. Komitmen Anda Kebanggan Kami.


"SK MEDAN JAYA GEMILANG, PASTI TERBILANG"

 
Blogger Team SKMJ 2013

Monday 28 January 2013

"JAYAKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA" - Pengarah UKOM T'ganu


Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Kerajaan Terengganu
Tn. Hj. Shamsudin Sulong ketika menyampaikan ucapan perasmian.

MARANG (28 Jan.2013) : Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Medan Jaya dituntut agar menggandakan usaha dan permuafakatan ke arah kecemerlangan pendidikan.

Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Tn. Hj. Shamsudin Sulong berkata guru dan para ibu bapa adalah agen permuafakatan dalam menggembleng kejayaan anak-anak di bangku sekolah. Selaras dengan pemberian Bantuan Persekolahan Awal Tahun yang diagihkan oleh Kerajaan Pusat kepada semua murid sekolah rendah dan menengah, mereka diharapkan lebih cemerlang dalam pelajaran.

Tn. Hj. Shamsudian juga menyeru para guru dan ibu bapa serta anak murid bersama-sama menjayakan agenda kerajaan dalam transformasi pendidikan nasional. Sejarah pendidikan negara telah melahirkan ramai tenaga dan kepakaran tempatan dalam sektor perkhidmatan kerajaan dan swasta.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG dan Penyampaian Bantuan Persekolahan RM100 kepada murid-murid SK Medan Jaya, di sini semalam.



TERIMA KASIH DI ATAS PEMBERIAN RM 100 UNTUK MURID SEKOLAH
Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Kerajaan Persekutuan

Turut hadir wakil Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Marang, Guru Besar dan YDP PIBG SK Medan  Jaya.


arms/berita...

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...