Monday 30 December 2013

"SELAMAT DATANG KE SK MEDAN JAYA" & "SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH"

Murid-murid Tahun 1 Amanah Sesi Persekolahan 2014

Marang (31 Disember 2013) : SK Medan Jaya membuka tirai persekolahan 2014 dengan sesi pendaftaran murid baru Tahun 1, semalam.

Selepas pendaftaran, murid baru Tahun 1 mengikuti orientasi pengenalan sekolah dan guru-guru yang akan mengajar mereka sepanjang persekolahan 2014. Berikut sorotan perjalanan orientasi murid Tahun 1 sesi 2014 :






   
Sementara itu, ibu bapa dan penjaga mereka mengikuti satu taklimat khas di Bilik Mesyuarat mengenai kurikulum baharu (KSSR) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan sistem pembelajaran berorientasikan peperiksaan (exam-oriented) sebelum ini.

Manakala pendaftaran persekolahan sesi 2014 untuk murid tahun 2 hingga 6 dibuat pada hari ini (31 Disember 2013). Berikut sorotan pendaftaran murid persekolahan 2014 :



Pendaftaran murid


Pendaftaran murid

Taklimat pelaksanaan KSSR dan PBS Tahap 2 (Tahun 4)
Jualan keperluan pembelajaran di kedai sekolah

Penyelaras Kedai Sekolah, Uszh. Fauziah Mohamad melayan pelanggan.


Selamat menempuh alam persekolahan buat warga baru di SK Medan Jaya.
Selamat kembali ke sekolah buat warga SKMJ 2013.


"SK MEDAN JAYA NELANG"
"MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG"


Blogger 2

Monday 23 December 2013

MESYUARAT INDUK JKS, JK HEM, JK KOKURIKULUM BIL. 1/2014


MESYUARAT JK KURIKULUM SEKOLAH (JKS)
BIL. 1/2014

Guru Besar mempengerusikan
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS)
Bil. 1/2014


Setiausaha JKS Penggal Persekolahan Tahun 2014
Pn Zatil Armah Mustapa


Analisa Pencapaian UPSR 2013 turut dibincangkan
dalam mesyuarat.


GPK1  Pentadbiran dan Akademik
Cg Ahmad Bustaman Rais mengendalikan
perbincangan analisa pencapaian UPSR 2013.


Ahli-ahli mesyuarat memberi tumpuan kepada
butiran yang dibentangkan oleh GPK 1 - Pentadbiran dan Akademik




MESYUARAT JK HAL EHWAL MURID (JK HEM)
BIL. 1/2014








MESYUARAT JK KOKURIKULUM
BIL. 1/2014







Blogger 2






Sunday 22 December 2013

PERSIAPAN PERSEKOLAHAN 2014 BERMULA

Penyelia Kanan Unit Sekolah Rendah JPNT, En. Mat Lazim@Mahasan bin Noor
menerima cenderahati daripada Guru Besar Pn. Hjh Limah Mohd
 selepas menyampaikan motivasi kepada warga pendidik SK Medan Jaya.

MARANG (22 Disember 2013) : SK Medan Jaya mengadakan mesyuarat guru kali 1/2014, hari ini. Mesyuarat telah membincangkan bidang tugasan guru merangkumi pengurusan, kurikulum, hal ehwal murid (HEM) dan kokurikulum. Turut dijalankan pada hari ini mesyuarat Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SK Medan Jaya Tahun 2014. Ia menyaksikan GPK HEM yang baharu di sekolah ini, En. Solahudin Sulong dipilih sebagai Pengerusi KGKT 2014 diikuti Cg. Shamsukamal (Naib Pengerusi), Cg. Embat Abd Rahman (Setiausaha) dan Uszh. Nor Asiah Teh (Bendahari).

Ceramah motivasi oleh tetamu jemputan.

Turut hadir Y.Bhg En Mat Lazim@Mahasan bin Noor, Penyelia Kanan Unit Sekolah Rendah, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu ke mesyuarat dalam menyampaikan motivasi kepada warga pendidik SK Medan Jaya.

Mesyuarat Guru SK Medan Jaya bil. 1/2014






Beberapa siri mesyuarat susulan akan dibuat sepanjang minggu ini dan minggu depan merangkumi  Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum (JKS) , Mesyuarat Jawatankuasa HEM, Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum dan Mesyuarat-mesyuarat panitia matapelajaran.

Selamat Bermesyuarat.


arms/berita...

Monday 2 December 2013

LPT2 SIAP SEPTEMBER 2014


KUALA LUMPUR 22 Julai - Projek Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) yang mengalami kelewatan dijangka dapat disiapkan sepenuhnya dan dibuka kepada lalu lintas menjelang September 2014.
Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, sehingga 30 Jun lalu, projek lebuh raya sepanjang 184 kilometer itu telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 88.5 peratus.

Katanya, projek yang dimulakan pada 2006 itu mengalami kelewatan berikutan terdapat 10 daripada 16 pakej utama terpaksa ditamatkan dan ditender semula kerana kontraktor-kontraktor terlibat menarik diri akibat kenaikan harga bahan binaan di pasaran dunia.

“Kerajaan terpaksa melantik kontraktor baharu untuk meneruskan projek-projek terbengkalai, berdasarkan tempoh kontrak semasa, pakej terakhir LPT2 yang sedang disiapkan adalah pakej tujuh melibatkan laluan dari Bukit Mempusi ke Felda Kerteh 6, Kemaman sepanjang 13.5 kilometer," katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Toh Puan Zaitun Mat Amin yang bertanyakan kemajuan projek LPT2 serta punca kelewatan projek tersebut.

Menurut Fadillah, meskipun projek itu belum siap sepenuhnya, kerajaan telah melaksanakan pembukaan LPT2 secara berperingkat mulai Ogos 2011 lalu melibatkan jajaran utara sepanjang 72 kilometer dari persimpangan bertingkat Bukit Besi ke persimpangan bertingkat Kuala Terengganu.

Sementara itu, dalam perkara berasingan, Fadillah memberitahu, Kerajaan Pusat akan membina jambatan baharu yang dianggarkan bernilai RM100 juta bagi merentasi Sungai Baram di Long Lama, Baram, Sarawak.

“Pada peringkat awal cadangan, projek ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Sarawak tetapi berikutan skop kerja yang kompleks dan kos yang tinggi, projek ini telah diambil alih oleh Kementerian Kerja Raya," katanya yang menjawab soalan Senator Lihan Jok


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday 1 December 2013

KECEMERLANGAN UPSR 2014-2015 : KELAS CUTI TERANCANG TAHUN 4 DAN TAHUN 5




Medan Jaya (2 Disember 2013) : SK Medan Jaya sedang melaksanakan Kelas Cuti Terancang Tahun 5 Amanah sebagai persediaan kecemerlangan dalam UPSR 2014-2015.

Dengan moto " SK MEDAN JAYA NELANG, SK MEDAN JAYA BOLEH", program kecemerlangan ini dirangka khusus untuk memantapkan penguasaan topik dan kemahiran di kalangan murid dalam mata pelajaran UPSR iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.




arms/berita...



Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...