Sunday 22 December 2013

PERSIAPAN PERSEKOLAHAN 2014 BERMULA

Penyelia Kanan Unit Sekolah Rendah JPNT, En. Mat Lazim@Mahasan bin Noor
menerima cenderahati daripada Guru Besar Pn. Hjh Limah Mohd
 selepas menyampaikan motivasi kepada warga pendidik SK Medan Jaya.

MARANG (22 Disember 2013) : SK Medan Jaya mengadakan mesyuarat guru kali 1/2014, hari ini. Mesyuarat telah membincangkan bidang tugasan guru merangkumi pengurusan, kurikulum, hal ehwal murid (HEM) dan kokurikulum. Turut dijalankan pada hari ini mesyuarat Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SK Medan Jaya Tahun 2014. Ia menyaksikan GPK HEM yang baharu di sekolah ini, En. Solahudin Sulong dipilih sebagai Pengerusi KGKT 2014 diikuti Cg. Shamsukamal (Naib Pengerusi), Cg. Embat Abd Rahman (Setiausaha) dan Uszh. Nor Asiah Teh (Bendahari).

Ceramah motivasi oleh tetamu jemputan.

Turut hadir Y.Bhg En Mat Lazim@Mahasan bin Noor, Penyelia Kanan Unit Sekolah Rendah, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu ke mesyuarat dalam menyampaikan motivasi kepada warga pendidik SK Medan Jaya.

Mesyuarat Guru SK Medan Jaya bil. 1/2014






Beberapa siri mesyuarat susulan akan dibuat sepanjang minggu ini dan minggu depan merangkumi  Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum (JKS) , Mesyuarat Jawatankuasa HEM, Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum dan Mesyuarat-mesyuarat panitia matapelajaran.

Selamat Bermesyuarat.


arms/berita...

No comments:

Post a Comment

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...