Monday 30 September 2013

SKMJ SERTAI 3K NEGERI TERENGGANU 2013

Pengurusan Kantin bergambar kenangan
dengan Hakim Pertandingan Kebersihan (3K).
MEDAN JAYA, MARANG (30 SEPT. 2013) : SK Medan Jaya pada hari ini dikunjungi kumpulan hakim untuk membuat penilaian penyertaan SKMJ dalam pertandingan kebersihan (3K) anjuran Kerajaan Negeri Terengganu.

Berikut adalah rakaman lensa Blogger :



















Semoga SKMJ berjaya memenangi pertandingan 3K 2013 kali ini. Medan Jaya Boleh!

arms/berita_semasa...

MOTIVASI KECEMERLANGAN 2013 (MURID TAHAP 2)

En. Ahmad Rizal Othman menerima cenderahati penghargaan daripada
Pn. Hjh. Rogayah Abu Bakar, GPK HEM SK Medan Jaya.

Medan Jaya, Marang (30 September 2013) : JK Bimbingan SK Medan Jaya telah berjaya melangsungkan satu motivasi khas di kalangan murid-murid tahap 2, hari ini. Motivasi dikendalikan oleh En. Ahmad Rizal bin Othman dari SK Bukit Tok Beng, Kuala Nerus (Kuala Terengganu Utara).

Program bermula jam 8 pagi dan tamat 10 pagi bertujuan mengajak murid untuk bermuhasabah dan bersungguh-sungguh memperbaiki kelemahan dan kesilapan diri. Selain itu, ia memberi kefahaman yang mendalam mengenai prinsip dan falsafah belajar, menanam rasa kecintaan di kalangan murid untuk melonjakkan potensi diri ke paras yang optimum, melengkapkan diri pelajar dengan ilmu dan kemahiran belajar yang berkesan; dan mengenengahkan adab dan tanggungjawab seorang murid supaya ilmu yang diperolehi lebih bermakna dan dibekati Allah.

Kumpulan Sasaran :

21 murid Tahun 4 Amanah
19 murid Tahun 5 Amanah
20 murid Tahun 6 Amanah
14 murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).






Sesi Muhasabah Diri.




Penceramah jemputan menandatangani
Buku Pelawat SKMJ.

arms/berita_semasa...

Tuesday 24 September 2013

KEM 1 MURID 1 SUKAN

SK Medan Jaya : 24 September 2013: SK Medan Jaya telah berjaya menjalankan satu lagi aktiviti di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Kem 1M1S. Kem ini bertujuan melatih dan memberi pendedahan kepada murid-murid berkaitan pengelolaan dan penganjuran sukan. Di dalam Kem 1M1S ini, para pelajar diberi peluang dan pendedahan secara teori dan praktikal bagaimana menganjurkan dan mengelolakan sukan dan permainan. Antara sukan yang terlibat ialah seperti Bolasepak, Sepak Takraw, Bola Tampar, Bola Jaring dan Catur. Sebelum kem dijalankan, sesi taklimat telah disampaikan oleh Penyelaras Kem 1M1S, Encik Shaharul Nizam bin Said.

KOLEKSI GAMBAR:

SESI TAKLIMAT

Encik Shahrul selaku Penyelaras KEM 1M1S




Makan minum murid disediakan
Puan Rohayu selaku JK Dokumentasi menjalankan tugas
BOLASEPAK






SEPAK TAKRAW





CATUR






BOLA TAMPAR






BOLA JARING






Jawatankuasa 1M1S mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan KEM 1M1S ini. Semoga segala yang kita lakukan mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT. 

SK MEDAN JAYA GEMILANG!!

BT1



Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...