Monday 30 September 2013

MOTIVASI KECEMERLANGAN 2013 (MURID TAHAP 2)

En. Ahmad Rizal Othman menerima cenderahati penghargaan daripada
Pn. Hjh. Rogayah Abu Bakar, GPK HEM SK Medan Jaya.

Medan Jaya, Marang (30 September 2013) : JK Bimbingan SK Medan Jaya telah berjaya melangsungkan satu motivasi khas di kalangan murid-murid tahap 2, hari ini. Motivasi dikendalikan oleh En. Ahmad Rizal bin Othman dari SK Bukit Tok Beng, Kuala Nerus (Kuala Terengganu Utara).

Program bermula jam 8 pagi dan tamat 10 pagi bertujuan mengajak murid untuk bermuhasabah dan bersungguh-sungguh memperbaiki kelemahan dan kesilapan diri. Selain itu, ia memberi kefahaman yang mendalam mengenai prinsip dan falsafah belajar, menanam rasa kecintaan di kalangan murid untuk melonjakkan potensi diri ke paras yang optimum, melengkapkan diri pelajar dengan ilmu dan kemahiran belajar yang berkesan; dan mengenengahkan adab dan tanggungjawab seorang murid supaya ilmu yang diperolehi lebih bermakna dan dibekati Allah.

Kumpulan Sasaran :

21 murid Tahun 4 Amanah
19 murid Tahun 5 Amanah
20 murid Tahun 6 Amanah
14 murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).






Sesi Muhasabah Diri.




Penceramah jemputan menandatangani
Buku Pelawat SKMJ.

arms/berita_semasa...

No comments:

Post a Comment

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...