Thursday 23 February 2017


MAJLIS TRANSFORMASI UPSR BERSAMA IBU BAPA CALON UPSR 2017

23 Februari 2017 (Khamis) Majlis Temu Murni telah diadakan bagi murid tahun 6. Pendaftaran ibu bapa telah bermula seawal jam 7:30 pagi. Sambutan yang diterima adalah menggalakkan seperti tahun - tahun sebelumnya.

      Majlis di mulakan dengan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana yang di adakan di dataran SK Medan Jaya.  Program ini diadakan adalah bertujuan untuk  mengagihkan jadual kelas tambahan dan memberi penerangan berkenaan dengan program UPSR yang akan diadakan sepanjang tahun 2017. Selain itu majlis ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara guru dan ibubapa,penjaga tahun 6. Program ini diharap dapat meningkatkan potensi murid dan dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan diri dan sekolah.  Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab diantara guru dan para ibubapa, penjaga.


       Komitmen yang diberikan oleh ibu bapa amatlah dihargai. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri program temu murni ini. Semoga para murid SK Medan jaya akan terus berjaya dan mengorak langkah mencipta kejayaan.










Sunday 19 February 2017


Syabas dan Tahniah!!!!!

Tahniah buat anak-anak pelajar yang telah berjaya mendapat. 5A, 6A ,7A dan 8A dalam Ujian Pencapaian Kelas KAFA ( UPKK )2016.









Mesyuarat  Agung PIBG SK Medan Jaya kali ke 12 2017
dan
Penyampaian Wang Bantuan RM100 persekolahan

Sabtu: 18 Februari 2017 :  Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Medan Jaya telah berjaya diadakan pada hari ini. Majlis Perasmian telah disempurnakan Yang Berbahagia Dato’ Hj Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Penyelaras, Dun Rhu Rendang . Majlis berjalan dengan baik mengikut agenda yang telah dirancang. Turut hadir pada majlis ini ialah Pegawai Pendidikan Daerah Marang, En Mohd Adnan bin Salleh dan Pegawai Perhubungan Sekolah IPD Marang, Sarjan Mohd Sabri bin Abdullah

Dalam ucapan perasmian, Dato’ Hj Nik Dir menegaskan bahawa pendidikan sangat penting di dalam kehidupan dan beliau berharap agar PIBG SK Medan Jaya terus cemerlang dalam memantapkan pengurusan sekolah dan dalam mewujudkan kesepakatan dan keharmonian dengan ibubapa dan masyarakat.



Mesyuarat Agung kali ke-12 ini juga telah berjalan dengan baik dan pada tahun ini menyaksikan sedikit perubahan Jawatankuasa PIBG di kalangan ibubapa., manakala Jawatankuasa guru pula akan dilantik oleh pihak pentadbiran sekolah.



















Sunday 12 February 2017

Program Motivasi Murid Tahun 5 dan 6

Program Motivasi untuk pelajar tahun 5 & 6 pada 12 Feb 2017. Alhamdulillah.... segalanya berjalan lancar. Terima kasih kpd Guru Besar SK Gong Nangka , En Sukni Hisham b. Umar yang bertindak sebagai Motivator.






SELAMAT HARI LAHIR CIKGU .........


Ahad:12 Februari 2017: Seramai  5 orang guru yang menyambut ulangtahun kelahiran pada Januari dan Februari diraikan pada pagi ini. Majlis diadakan seusai perhimpunan rasmi sekolah. Antara guru yang terlibat ialah En Mustapha bin Yusoff, Pn Kamariah bt Jusoh, Pn Fauziah bt Mohd, Pn Wan Fauziah bt Wan Nawang, Pn Azizah bt Besar dan Cik Azilawati.  Hadiah disumbangkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT).Guru Besar, Pn Khalijah bt Omar menyampaikan hadiah kepada guru yang terlibat.


Untuk guru-guru lain, sabar menanti bulan kelahiran masing-masing. Terima kasih dan Selamat Hari Lahir Cikgu!!
Pelancaran Program " Jom ke Sekolah" dan Peti Aduan Murid

5 Februari 2017 ( Ahad ) Pelancaran Program Jom Ke Sekolah Peringkat Sekolah telah berlangsung dengan sempurna bermula jam 7.30 hingga 8.10 pagi di Dewan Sakinah, SK Medan Jaya. Program tersebut telah disempurnakan oleh Sarjan Mohd Sabri bin Abdullah dari IPD Marang sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) bagi sekolah ini.

Program Jom Ke Sekolah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM.

Komitmen antara pihak KPM, sekolah, PDRM dan PIBG dapat memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang.






Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...