Sunday 27 April 2014

IZWAN AMIN DAN QYSTIENA MUSLIH HARUMKAN NAMA SEKOLAH

Kejayaan Izwan (di tengah)  muncul Johan Beregu Lelaki
MSST Tenis (Sekolah Rendah) turut dikongsi bersama rakan-rakan sekelas.


Marang (28 Apr. 2014) : Adik Izwan Amin Mohd Rani dan Qystiena Muslih Mohd Zaki telah mengharumkan nama sekolah, selepas muncul johan dalam pertandingan masing-masing, baru-baru ini.

Izwan Amin muncul Naib Johan Perseorangan Lelaki (Sekolah Rendah)
Kejohanan Tenis MSSD Marang 2014.


Potret kenangan bersama Timbalan PPD Marang
selepas Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Tenis
MSSD Marang 2014.

Dua beradik mencipta nama di MSSD Marang 2014 :
Izwan (Naib Johan Perseorangan Lelaki)
dan Roghidatul 'Izzah (Ke-3 Perseorangan Perempuan)
Izwan muncul Johan Beregu Lelaki (sekolah rendah) dalam Kejohanan Tenis MSST di Kemaman, barubaru ini. Manakala Qystiena pula Johan Pertandingan Mencipta Istana Pasir sempena Pesta Sukan Air Daerah Marang anjuran Majlis Daerah Marang (MDM) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JKKN) bertempat di Marang, minggu lepas.

Adik Qystiena Muslih - Johan Pertandingan Mencipta Istana Pasir


JK Blog dan Multimedia SKMJ mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan tersebut.

PEMANTAUAN PERJALANAN PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

Medan Jaya, Marang (28 Apr. 2014) : Guru Besar, Pn. Hjh Limah Mohd melakukan pemantauan berkala program RMT, hari ini. Ini bertujuan memastikan penyediaan makanan yang berkualiti dapat dipatuhi oleh pihak kantin sekolah.

Blogger 2 sempat meninjau pemantauan GB berkenaan :








Saturday 26 April 2014

TERIMA KASIH GURU PRAKTIKUM..JASA KALIAN KAMI HARGAI

Medan Jaya, Marang (24 Apr. 2014) : Seramai 5 guru dalam latihan (GDL) berjaya menamatkan sesi praktikum pada minggu ini. Kejayaan mereka diraikan oleh Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SKMJ. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan pendidikan dan keceriaan sekolah selama berada di sekolah ini.









Wednesday 23 April 2014

Penyelaras Program Perdana Bacaan Yaasin, Solat Hajat
dan Dhuha, Us Ahmad Radzi Muhammad
menyampaikan makluman hebahan program
kepada murid, pagi tadi.

MAJLIS BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT 
DAN SUNAT DHUHA
KALI KE-4/2014 (MINGGU KE-3 BULAN APRIL)

SK MEDAN JAYA, RUSILA, MARANG, TERENGGANU

Khamis | 24 April 2014
Jam 7.25 pagi
Dataran Sakinah SK Medan Jaya, Marang





Anjuran : 

Unit Pembangunan Kerohanian
JK Projek Kecemerlangan UPSR SKMJ 2014



Semua warga sekolah dan ibu bapa murid

dijemput hadir.




MESYUARAT PENATARAN PENAMBAHBAIKAN PBS TAHUN 2014


MESYUARAT PENATARAN
PENAMBAHBAIKAN PBS
TAHUN 2014
_________________________________

23 April 2014/Rabu
1.40 pm
Bilik Mesyuarat SKMJ


Kehadiran semua guru adalah
DIWAJIBKAN


anjuran :

JK PBS SK Medan Jaya

SK MEDAN JAYA LAKSANA INFO 5 MINIT PPDa

MEDAN JAYA, MARANG (23 April 2014) : JK Induk HEM melalui JK Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) melaksanakan penyampaian info 5 Minit dalam perhimpunan pagi harian pada sertiap Isnin hingga Khamis.

Cg Mohd Sabri Yaakob selaku Guru Bertugas Mingguan (yang juga Guru Disiplin)
sedang menyampaikan info PPDa kepada murid dalam perhimpunan harian sekolah.
Guru Bertugas Mingguan akan menyampaikan info mengenai bahaya dan ancaman dadah kepada manusia termasuk murid di sekolah rendah. Murid diberi kesedaran seawal mungkin mengenai kesan buruk dadah kepada manusia.

Blogger 2 sempat meninjau pelaksanaan info PPDa di perhimpunan tadi :


Pengawas Sekolah menyampaikan aktiviti harian perhimpunan -
BACAAN DALAM SOLAT

Pengawas Sekolah menyampaikan aktiviti harian perhimpunan -
"ENGLISH ON AIR"

Pengisian oleh Guru Bertugas Mingguan

Pengawas Sekolah mengendalikan perhimpunan harian
Isnin hingga Khamis di Dataran Sakinah SKMJ



Monday 21 April 2014

PENGHAKIMAN ANUGERAH SEMPENA HARI GURU 2014 KINI BERMULA...

Medan Jaya, Marang (22 April 2014) : Proses penghakiman untuk Anugerah Pengurusan Sekolah Rendah Terbaik Negeri Terengganu sempena Hari Guru 2014, kini bermula. Seramai dua pegawai JPNT telah datang pada hari ini bagi tujuan tersebut.

Dinding di tangga utama ke pejabat SKMJ kini berubah
dengan paparan terkini.

Tangga ke pejabat SKMJ berubah wajah.

Kerja-kerja Penceriaan sekolah giat dijalankan
oleh guru.

En Kamal dan En Mat Lin dari JPNT sedang menyemak
fail pengurusan sekolah di pejabat SKMJ.



SELAMAT DATANG KE SKMJ.....
Guru Besar Hjh Limah Mohd menyantuni kedatangan
pegawai JPNT di pejabat SKMJ.

JK Blog dan Multimedia SK Medan Jaya mengucapkan selamat datang ke SKMJ.

KEPIMPINAN JK PIBG SK MEDAN JAYA SESI 2014

SEKITAR PENYAMPAIAN WATIKAN PELANTIKAN 
JK PIBG SESI TAHUN 2014








Embat Abd Rahman
BENDAHARI PIBG 2014

Azarul Razamin Mat Said
SETIAUSAHA PIBG 2014




PETIKAN MESYUARAT JK PIBG BIL 1/2014 :



Pn Hjh Limah Mohd (Penasihat)
YM Engku Mohd Hamzah Engku Jalil (Pengerusi)*
Tn Hj Mohd Kamal Abdullah (Naib Pengerusi)*
En Azarul Razamin Mat Said (Setiausaha - Guru)
Pn Embat Abd  Rahman (Bendahari - Guru)
En Mustapha Yusoff (AJK - Guru)
En Mohd Badrul Hisham Mohd Nor (AJK - Guru)
En Said Abd Manaf (AJK - Guru)
Pn Zatil Armah Mustapa (AJK - Guru)
Pn Surati Ibrahim (AJK - Guru)
Pn Sharifah Ghainiah Pengeran (AJK - Ibu Bapa)
En Biyamin Yusof (AJK - Ibu Bapa)
En Ariffin Mohamad (AJK - Ibu Bapa)
Pn Normawati Abdullah (AJK - Ibu Bapa)
Pn Hezlina Mohd Jani (AJK - Ibu Bapa)
En Mazlan Abdullah (AJK - Ibu Bapa)
Pn Rahimah Othman (Juruaudit - Ibu Bapa)
Pn Rodhiah Taib (Juruaudit - Guru)

* Dipilih dalam Mesy. Agung Tahunan, 2014


PERANCANGAN AKTIVITI/PROGRAM TAHUN 2014 :


1.Motivasi Kecemerlangan 

(kerjasama UNISZA)

dan 

Perkhemahan Ibadat Tahun 6
(kerjasama KRT Taman Medan Jaya)

2.Lawatan Bermaklumat


3.Pemakaian Kasut Hitam (kain) 

berkuatkuasa Tahun 2015

4.Kewangan - Kutipan Yuran RM10/keluarga

(kelulusan oleh JPNT)

5.Kewangan - Sumbangan "Dana Kecemerlangan Murid" 

- RM15/1 murid 
@ RM30 - maksima (2 murid dan ke atas)
(usul diluluskan dalam M.A.T. PIBG pada Januari 2014)

6. Kewangan - Peningkatan Tabungan
(mohon sumbangan jabatan berkaitan spt. JASA, MAIDAM)

Hal-hal Lain :

Cg Said & Embat : AJK PIBG (wakil Ibu Bapa) diminta turut serta membantu 
pelaksanaan program sekolah sepanjang tahun.

Us. Badrul : Sumbangan Jersi Sukan untuk kemudahan penyertaan pasukan
SKMJ

NYDP (Hj Mohd Kamal) : Mohon beri perhatian kepada anak-anak murid
agar tidak terlibat dengan unsur tidak sihat spt. merokok di luar sekolah. 
Respons GB agar AJK atau wakil ibu bapa tampil membuat aduan 
rasmi kepada pihak sekolah untuk tindakan kepada mereka yang terlibat.

Mesyuarat Bil 2/2014 akan diadakan pada Jun 2014
pada hari Sabtu/10 pagi. Tarikh dan tempat adalah ADK.













Thursday 17 April 2014

PERKHEMAHAN PBB SKMJ 2014 : Syamil dan Salsabila Peserta Terbaik

Pemeriksaan kehormat oleh En Sukardi, Pen PPD Marang ketika Majlis Penutup
dan Penyampaian Hadiah Perkhemahan PBB SK Medan Jaya Tahun 2014

PULAU KERENGGA, MARANG (19 April 2014) : JK Induk Kokurikulum SK Medan Jaya telah berjaya melaksanakan Perkhemahan Tahunan Pasukan Badan Beruniform (PBB) Sekolah, di Taman Rekreasi MDM Pulau Kerengga, di sini bermula Khamis lepas.

Program selama 3 hari memberi pengalaman yang berguna kepada para peserta dalam membina keyakinan diri untuk berdikari. Semua murid Tahun 4, 5 dan 6 terlibat dalam perkhemahan kali ini. Para peserta terlibat dengan aktiviti 'Jungle Tracking', Pertandingan Ikatan dan Simpulan, Kawad Kaki, Masakan, Membina Istana Pasir, dan Malam Kebudayaan. Penekanan juga dibuat kepada peserta untuk solat berjemaah, makan bersama-sama dan sebagainya.

Peserta Terbaik Lelaki
MOHAMAD SYAMIL SUMARDI

Peserta Terbaik Perempuan
SALSABILA MAZLAM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
PASUKAN PBB TERBAIK
PERKHEMAHAN SKMJ 2014

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En Sukardi (Unit Kokurikulum) Pen. PPD Marang. Pasukan Pergerakan Puteri Islam (PPI) dipilih sebagai pasukan terbaik kali ini. Peserta lelaki terbaik disandang oleh Mohamad Syamil Sumardi dan Salsabila Mazlam (Perserta Perempuan Terbaik).

Berikut sorotan lensa Blogger 2 yang membuat liputan :

HARI PERTAMA :









'Jungle Tracking'


Kuliah selepas Solat Subuh Berjemaah








Pasukan Pengakap Kanak-kanak

Pasukan Pengakap Kanak-kanak (PPKI)

TKRS

PPIM

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...