Thursday 17 April 2014

PERKHEMAHAN PBB SKMJ 2014 : Syamil dan Salsabila Peserta Terbaik

Pemeriksaan kehormat oleh En Sukardi, Pen PPD Marang ketika Majlis Penutup
dan Penyampaian Hadiah Perkhemahan PBB SK Medan Jaya Tahun 2014

PULAU KERENGGA, MARANG (19 April 2014) : JK Induk Kokurikulum SK Medan Jaya telah berjaya melaksanakan Perkhemahan Tahunan Pasukan Badan Beruniform (PBB) Sekolah, di Taman Rekreasi MDM Pulau Kerengga, di sini bermula Khamis lepas.

Program selama 3 hari memberi pengalaman yang berguna kepada para peserta dalam membina keyakinan diri untuk berdikari. Semua murid Tahun 4, 5 dan 6 terlibat dalam perkhemahan kali ini. Para peserta terlibat dengan aktiviti 'Jungle Tracking', Pertandingan Ikatan dan Simpulan, Kawad Kaki, Masakan, Membina Istana Pasir, dan Malam Kebudayaan. Penekanan juga dibuat kepada peserta untuk solat berjemaah, makan bersama-sama dan sebagainya.

Peserta Terbaik Lelaki
MOHAMAD SYAMIL SUMARDI

Peserta Terbaik Perempuan
SALSABILA MAZLAM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
PASUKAN PBB TERBAIK
PERKHEMAHAN SKMJ 2014

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En Sukardi (Unit Kokurikulum) Pen. PPD Marang. Pasukan Pergerakan Puteri Islam (PPI) dipilih sebagai pasukan terbaik kali ini. Peserta lelaki terbaik disandang oleh Mohamad Syamil Sumardi dan Salsabila Mazlam (Perserta Perempuan Terbaik).

Berikut sorotan lensa Blogger 2 yang membuat liputan :

HARI PERTAMA :









'Jungle Tracking'


Kuliah selepas Solat Subuh Berjemaah








Pasukan Pengakap Kanak-kanak

Pasukan Pengakap Kanak-kanak (PPKI)

TKRS

PPIM

No comments:

Post a Comment

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...