Thursday 14 November 2013

SELAMAT BERSARA CIKGU HAJJAH NAJIBAH BINTI DAUD...JASAMU DIKENANG



SEKITAR MAJLIS PERSARAAN
CG. HJH. NAJIBAH DAUD
GURU KELAS TAHUN 6 AMANAH/
SETIAUSAHA JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH (JKS)
SK MEDAN JAYA MARANG


















SELAMAT BERSARA KAK BAH
TERIMA KASIH ATAS KOMITMEN MU
BERSAMA

WARGA PENDIDIKAN
SK MEDAN JAYA MARANG
(2008-2013)

JASAMU DIKENANG


UPSR 2013 : SK MEDAN JAYA TERBAIK DI DAERAH MARANG, LSMP 100%

UPSR 2013 : GPS Terbaik di Marang, Ke-19 Negeri
Syabas dan Tahniah diucapkan.
Terima Kasih Cikgu.

Marang : SK Medan Jaya telah mencipta kejutan dalam sejarah pencapaian UPSR apabila 4 muridnya daripada 20 calon UPSR mendapat keputusan 5A dengan nilai Gred Purata Sekolah (GPS) 1.60 iaitu melepasi sasaran 1.68.

Calon-calon UPSR 2013


Ditambah dengan kejayaan satu-satunya sekolah rendah di daerah ini yang mendapat 100 peratus Lulus Semua Mata Pelajaran atau Minimum Gred C dalam keputusan, ia telah meletakkan SK Medan Jaya berada di tempat pertama di daerah Marang mengatasi 28 sekolah rendah yang lain.


MAJLIS PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN UPSR 2013
SK MEDAN JAYA MARANG













Guru Besar SK Medan Jaya, Pn. Hjh. Limah binti Mohd turut berkongsi kegembiraan dengan penulis yang memaklumkan Ketua Sektor di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Y.Bhg. Tn. Hj. Ngah bin Bidin mengirim pesanan ringkas (SMS) merakam penghargaan syabas dan tahniah atas kejayaan SK Medan Jaya berada di kedudukan ke-19 terbaik Sekolah-sekolah Rendah Negeri Terengganu.

4 calon UPSR 2013 mendapat 5A iaitu
(dari kiri) Ibni Umar Abdul Aziz, Faris, Danial Hakimi dan Anis Syakirah
bergambar kenangan bersama guru kelas mereka,
Cg. Hjh. Najibah Daud.






SK Chalok (Model Khas), Setiu merupakan sekolah terbaik di Terengganu berdasarkan nilai Gred Purata Sekolah (GPS) 1.14 apabila tujuh daripada sepuluh calonnya mendapat 5A.

Berikut analisa keputusan UPSR Sekolah-sekolah Terpilih Di daerah Marang
(Pencapaian berdasarkan nilai Gred Purata Sekolah-GPS) :

1. SK Medan Jaya (1.60)
2. SK Kelulut (1.80)
3. SK Batangan (1.81)
4. SK Gondang (1.82) & SK Pasir Puteh (1.82)
5. SK Sentol Patah (1.87)
6. SK Jenang (1.88)
7. SK Ru Rendang (1.98)

Pencapaian Terbaik Daerah-daerah di Negeri Terengganu
(Pencapaian berdasarkan nilai Gred Purata Negeri) :

1. Daerah Hulu Terengganu (1.99)
2. Daerah Dungun (2.17) dan Besut (2.17)
3. Daerah Kuala Terengganu (2.19)
4. Daerah Setiu (2.21)
5. Daerah Marang (2.30) dan Kemaman (2.30)


Daerah Marang mencatatkan peningkatan dalam Gred Purata apabila mendapat 2.30 berbanding 2.37 pada 2012.

Syabas dan tahniah kepada semua pihak dalam mencipta kejayaan UPSR 2013.


arms/berita...



Wednesday 13 November 2013

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SK MEDAN JAYA 2013

BIARLAH GAMBAR BERBICARA...



































TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT MENJAYAKAN HARI ANUGERAH CEMERLANG SK MEDAN JAYA 2013

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...