Friday 6 November 2015

SAMBUTAN HARI GURU SK MEDAN JAYA 2015

Alhamdulillah, Sambutan Hari Guru peringkat SK Medan Jaya telah disambut dengan jayanya. Sambutan ini telah diadakan pada 18 Mei 2015 (Isnin). Sambutan ini cukup meriah, keceriaan jelas terpancar di wajah guru-guru dan murid-murid.

Majlis dimulakan dengan perhimpunan di Dewan Sakinah, murid-murid dan guru-guru bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah dengan penuh semangat. Doa memohon keberkatan majlis dibaca oleh Ustaz Fadhlan b. Yayao. Majlis diteruskan dengan ucapan wakil murid yang mewakili semua murid SK Medan Jaya mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru kerana tidak jemu-jemu mendidik mereka. Semua murid melaungkan slogan "Saya Sayang Cikgu Saya".

Seterusnya, barisan pentadbir membaca perutusan-perutusan daripada Menteri Pendidikan Malaysia, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Menteri Besar Terengganu dan Pengarah Pendidikan Terengganu. Sebelum majlis di dewan berakhir, semua guru tampil ke pentas untuk melafazkan Ikrar Guru dan menyanyikan lagu Guru Malaysia. 

Acara padang dimulakan dengan acara sambut belon berisi air, acara boling buah kelapa. Selesai acara padang, acara dewan bermula, semua hadirin terhibur dengan persembahan murid-murid dan guru-guru. Guru Penolong Kanan Kokurikulum telah menyumbangkan satu lagu. Acara dewan berakhir dengan penyampaian hadiah kepada semua guru dan staf. Guru-guru dari rumah biru telah muncul sebagai johan keseluruhan diikuti rumah hijau dan rumah merah dalam acara padang. Majlis bersurai dengan sedikit jamuan.












Thursday 9 July 2015

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SKMJ 2015



PENDAHULUAN

Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Medan Jaya. Program ini disertai oleh murid yang menjadi ahli daripada setiap badan-badan unit beruniform SK Medan Jaya. Ia akan diadakan di SK Medan Jaya pada 14-16 Mei 2015. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap murid. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk  membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

OBJEKTIF

1. Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman dalam menyertai
    program kepimpinan.
2.   Membentuk murid yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
3.   Melatih para murid untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.


4.   Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.
5.   Melahirkan para murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
6.   Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
7.    Melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.



























KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

Bil
Unit Beruniform
Bilangan Peserta
1
Pengakap Kanak-Kanak
19 orang
2
Pengakap Kanak-Kanak PKKI
9 orang
3
Pergerakan Puteri Islam
20 orang
4
Tunas Kadet Remaja Sekolah
20 orang
Jumlah
68 orang

Saturday 18 April 2015

PERHIMPUNAN RASMI - SELAMAT HARI JADI - SELAMAT BERPISAH CIKGU IZZAT

Ahad: 19 April 2015: Perhimpunan rasmi pada minggu ke-14 ini diadakan seperti biasa. Guru yang bertugas pada minggu ini ialah Cikgu Ramlah bt A.Rahim dan Ustaz Mohd Badrul Hisyam bin Mohd Nor. Majlis dipengerusikan oleh Guru Pelatih IPG KDRI, Encik Fazril bin Zahari.

Perhimpunan rasmi sekolah ini juga turut diselitkan dengan acara penyampaian hadiah sempena harijadi guru-guru yang jatuh pada bulan April. Mereka yang terlibat ialah Pn Zaharah bt Samad, Puan Zatil Armah bt Mustafa dan En Hisham bin Puteh. Hadiah-hadiah adalah sumbangan KGKT SK Medan Jaya.




Seterusnya majlis diserikan dengan nyanyian ucapan selamat oleh semua murid dan guru-guru kepada guru-guru yang menyambut hari kelahiran mereka pada bulan ini.

Nyanyian ALLAH SELAMATKAN KAMU......

SELAMAT BERTUKAR KE SK SIMPANG RAWAI CIKGU IZZAT

Pada hari ini juga menyaksikan salah seorang guru kita telah bertukar ke SK Simpang Rawai. Guru yang dimaksudkan ialah Cikgu Mohd Izzat bin Mohd Noor. Selamat bertugas ditempat baharu, Cikgu Izzat. Jasamu dikenang...

Ucapan dan amanat terakhir daripada Cikgu Izzat kepada semua warga SK Medan Jaya.

TAHNIAH KEPADA SEMUA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI SK MEDAN JAYA PADA MINGGU INI. KEPADA CIKGU IZZAT, SEMOGA TERUS BERJAYA DIDUNIA DAN DIAKHIRAT....AMIN...

Saturday 11 April 2015

KARNIVAL DAKWAH (MTQSS) DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT DAERAH MARANG KALI KE -41 TAHUN 1436H/2015M

SK Marang: 08 April 2015: SK Medan Jaya telah menghantar seorang wakilnya ke karnival tersebut iaitu adik Aliya Basyirah bt Osman iaitu didalam Kategori Hafazan . Sebelum ini beliau telah memenangi tempat pertama di peringkat Zon 4 yang telah diadakan di SK Jenang.


Dalam Karnival Dakwah (MTQSS) Dan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Peringkat Daerah Marang Kali Ke -41 ini, adik Aliya Basyirah telah memenangi tempat ke 3. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar Tahun 5 Amanah ini. 


Wednesday 8 April 2015

YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN (YDSM) SMART ENGLISH COMPETITION MARANG - ZON C LEVEL 2015

Date: 7th April 2015   /   Time: 8.00 A.M - 3.00 P.M   /  Venue: SK Medan Jaya


Marang Zon C Schools: SK Marang/SK Gong Nangka/ SK Rhu Rendang/SK Rusila/SK Medan Jaya/SK Sentul Patah/ SK Jenang/ SK Bukit Jejulong/SK Pengkalan Berangan.

Registration:



YDSM SMART ENGLISH ACTIVITY

Part 1 (Impromptu)
Station 1 - Dictation



Part 1 (Impromptu)
Station 2 - Spelling and Aural-oral comprehension


Part 1 (Impromptu)
Station 3 - Missing link and smart reader



YDSM SMART ENGLISH ACTIVITY
Part 2
Poetic Musical Sketch















RESULT OF COMPETITION

1st PLACE: SK GONG NANGKA

2nd PLACE: SK MARANG

3rd PLACE: SK RHU RENDANG

OUR GALLERIES:







SPECIAL THANKS TO THOSE WHO ARE INVOLVED IN THIS CEREMONY
&
CONGRATULATIONS TO ALL THE WINNERS!!




BT 1

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...