PENDAHULUAN
Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform ini adalah
salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Medan
Jaya. Program ini disertai oleh murid yang menjadi ahli daripada setiap
badan-badan unit beruniform SK Medan Jaya. Ia akan diadakan di SK Medan Jaya
pada 14-16 Mei 2015. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak
Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang
kokurikulum. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk
menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih
mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal
diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.
MATLAMAT
Matlamat program ini adalah
untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam
setiap murid. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji
ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam
program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan
dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga
diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk
membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal
insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.
OBJEKTIF
1. Memberi peluang kepada murid merasai
pengalaman dalam menyertai
program
kepimpinan.
2. Membentuk murid yang mampu
berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
3. Melatih para murid untuk
memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.
4. Meningkatkan keberanian dan
keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.
5. Melahirkan para murid yang
berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai
aktiviti dalam kumpulan.
6. Memupuk semangat
bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
7.
Melahirkan murid yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan sosial.
KUMPULAN SASARAN /
PENYERTAAN
Bil
|
Unit Beruniform
|
Bilangan Peserta
|
1
|
Pengakap Kanak-Kanak
|
19 orang
|
2
|
Pengakap Kanak-Kanak PKKI
|
9 orang
|
3
|
Pergerakan Puteri Islam
|
20 orang
|
4
|
Tunas Kadet Remaja Sekolah
|
20 orang
|
Jumlah
|
68 orang
|
No comments:
Post a Comment