Tuesday 16 May 2017

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2017

Alhamdulillah, Sambutan Hari Guru peringkat SK Medan Jaya telah disambut dengan jayanya. Sambutan ini telah diadakan pada 16 Mei 2017 (Selasa). Sambutan ini cukup meriah, keceriaan jelas terpancar di wajah guru-guru dan murid-murid.

Majlis dimulakan dengan perhimpunan di Dewan Sakinah, murid-murid dan guru-guru bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah dengan penuh semangat. Doa memohon keberkatan majlis dibaca oleh Ustaz Mohd Badrul Hisham. Majlis diteruskan dengan ucapan wakil murid yang mewakili semua murid SK Medan Jaya mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru kerana tidak jemu-jemu mendidik mereka. Semua murid melaungkan slogan "Saya Sayang Cikgu Saya".

Seterusnya, barisan pentadbir membaca perutusan-perutusan daripada Menteri Pendidikan Malaysia, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Menteri Besar Terengganu dan Pengarah Pendidikan Terengganu. Sebelum majlis di dewan berakhir, semua guru tampil ke pentas untuk melafazkan Ikrar Guru dan menyanyikan lagu Guru Malaysia.


Acara sukaneka dimulakan dengan pebagai sukaneka yang telah di rancang oleh AJK persembahan dan sukaneka. Selepas itu  acara dewan bermula, semua hadirin terhibur dengan persembahan murid-murid dan guru-guru. . Acara dewan berakhir dengan penyampaian hadiah kepada semua guru dan staf. . Majlis bersurai dengan sedikit jamuan.
















Friday 5 May 2017

Perkhemahan PBB SK Medan Jaya 2017

Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Medan Jaya. Program ini disertai oleh murid yang menjadi ahli daripada setiap badan-badan unit beruniform SK Medan Jaya. Ia akan diadakan di SK Medan Jaya pada 3 – 5 Mei 2017 . Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap murid. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk  membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

OBJEKTIF

1. Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman dalam menyertai
    program kepimpinan.
2.   Membentuk murid yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
3.   Melatih para murid untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.

4.   Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.
5.   Melahirkan para murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
6.   Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.


7.    Melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.



















Monday 1 May 2017

Pertandingan 3K SK Medan Jaya 2017


Tahniah dan Syabas kepada semua warga SKMJ yang menjayakan program 3K sepanjang tahun....anda memang hebat dan terbaik..

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...