Perkhemahan PBB SK Medan Jaya 2017
Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform ini adalah salah satu
aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Medan Jaya.
Program ini disertai oleh murid yang menjadi ahli daripada setiap badan-badan
unit beruniform SK Medan Jaya. Ia akan diadakan di SK Medan Jaya pada 3 – 5 Mei
2017 . Aktiviti ini
dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin
mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang murid itu wajib
menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam
melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba
melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila
menempuhi alam kedewasaan kelak.
MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan
berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap murid. Ia
bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan
mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat
kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam
menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti
kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat
membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang
mampan.
OBJEKTIF
1. Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman dalam menyertai
program kepimpinan.
2. Membentuk murid yang mampu berdikari dan
mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
3. Melatih para murid untuk memupuk sikap
toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.
4. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri
semasa menyertai aktiviti yang disediakan.
5. Melahirkan para murid yang berupaya untuk
mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam
kumpulan.
6. Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan
serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
7. Melahirkan murid yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan sosial.
No comments:
Post a Comment