Tuesday 16 May 2017

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2017

Alhamdulillah, Sambutan Hari Guru peringkat SK Medan Jaya telah disambut dengan jayanya. Sambutan ini telah diadakan pada 16 Mei 2017 (Selasa). Sambutan ini cukup meriah, keceriaan jelas terpancar di wajah guru-guru dan murid-murid.

Majlis dimulakan dengan perhimpunan di Dewan Sakinah, murid-murid dan guru-guru bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah dengan penuh semangat. Doa memohon keberkatan majlis dibaca oleh Ustaz Mohd Badrul Hisham. Majlis diteruskan dengan ucapan wakil murid yang mewakili semua murid SK Medan Jaya mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru kerana tidak jemu-jemu mendidik mereka. Semua murid melaungkan slogan "Saya Sayang Cikgu Saya".

Seterusnya, barisan pentadbir membaca perutusan-perutusan daripada Menteri Pendidikan Malaysia, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Menteri Besar Terengganu dan Pengarah Pendidikan Terengganu. Sebelum majlis di dewan berakhir, semua guru tampil ke pentas untuk melafazkan Ikrar Guru dan menyanyikan lagu Guru Malaysia.


Acara sukaneka dimulakan dengan pebagai sukaneka yang telah di rancang oleh AJK persembahan dan sukaneka. Selepas itu  acara dewan bermula, semua hadirin terhibur dengan persembahan murid-murid dan guru-guru. . Acara dewan berakhir dengan penyampaian hadiah kepada semua guru dan staf. . Majlis bersurai dengan sedikit jamuan.
















No comments:

Post a Comment

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...