Friday 11 March 2016


TAHNIAH DAN SYABAS.............

Sekalung tahniah dan syabas kepada adik Anis Maisarah bt Kamaruzzaman yang berjaya mendapat pingat perak acara 80M lari berpagar P12 di Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Marang 2016...
Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Motivasi Keibubapaan 2016

Khamis (10 Mac 2016) : Bertempat di Masjid Medan Jaya, satu program bacaan yasin, solat hajat dan motivasi keibubapaan telah di adakan anjuran pihak sekolah bersama PIBG SK Medan Jaya. Tn Hj Mohamad bin Ibrahim Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Sultan Sulaiman 1 atau lebih mesra di panggil Ayah Wer  di jemput khas bagi menjayakan program motivasi khusus untuk murid tahun 4, 5 dan 6 bersama ibu bapa masing masing. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.







Tuesday 8 March 2016

FENOMENA GERHANA MATAHARI

Rabu - 9 Mac 2016 . Warga SK Medan Jaya tidak melepaskan peluang untuk membuat solat sunat gerhana matahari bersempena dengan terjadinya fenomena gerhana pada hari ini. Semua murid tahap 2 dan Guru guru SKMJ berada di surau sekolah untuk melakukan Solat Sunat dan mendengar khutbah yang di sampaikan.

Fenomena matahari separa yang bermula sekitar jam 7.25 pagi itu kali terakhir pernah dilihat penduduk Malaysia pada Januari 2010.

Jika terlepas peluang menyaksikan fenomena gerhana matahari separa ini, kita perlu menunggu hingga 26 Disember 2019 yang dijangka terjadi lagi fenomena ini.


Syabas dan Tahniah kepada semua murid dan guru yang terlibat. Mudah-mudahan usaha ini akan di berkati oleh Allah SWT







Monday 7 March 2016

MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD MARANG
KALI KE- 25 SMK Seberang Marang:

Isnin 7 Mac 2016: Pada hari ini telah diadakan Majlis Perasmian Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Marang Kali ke 25. SMK Seberang Marang sekali lagi menjadi tuan rumah pada kejohanan berprestij ini. SK Medan Jaya juga tidak ketinggalan memeriahkan kejohanan dengan menghantar peserta mengambil bahagian didalam permainan serta menghantar wakil Kontinjen Perbarisan sempena majlis perasmian ini.  Perbarisan penuh warna-warni dan gilang gemilang melibatkan sekolah-sekolah yang mengambil bahagian didalam kejohanan ini.. Kontinjen seramai 20 orang itu diketuai oleh Pengurus Pasukan, En Mustapha bin Yusof. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.  Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tranformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, YB A Latiff Awang. 







Selamat berjuang untuk semua atlet SK Medan Jaya pada kejohanan kali ini...SKMJ Boleh..

Saturday 5 March 2016


Mesyuarat  Agung PIBG SK Medan Jaya kali ke 11 2016
dan
Penyampaian Wang Bantuan RM100 persekolahan

Khamis: 3 Mac 2016:  Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Medan Jaya telah berjaya diadakan pada hari ini. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Encik Roslan bin Ngah yang menggantikan YB A Latiff bin Awang, Exco Negeri Terengganu merangkap Adun Pengkalan Berangan yang tidak dapat bersama pada kali ini. Majlis berjalan dengan baik mengikut agenda yang telah dirancang.

Dalam ucapan perasmian, Encik Roslan bin Ngah menegaskan bahawa pendidikan sangat penting di dalam kehidupan dan beliau berharap agar PIBG SK Medan Jaya terus cemerlang dalam memantapkan pengurusan sekolah dan dalam mewujudkan kesepakatan dan keharmonian dengan ibubapa dan masyarakat.


Mesyuarat Agung kali ke-11 ini juga telah berjalan dengan baik dan pada tahun ini menyaksikan sedikit perubahan Jawatankuasa PIBG di kalangan ibubapa., manakala Jawatankuasa guru pula akan dilantik oleh pihak pentadbiran sekolah.















Wednesday 2 March 2016



Selamat datang kepada Encik Mohd Fairuz bin Salim GPK Kokurikulum  SK Medan Jaya yang baru berkuatkuasa pada 1 Mac 2016 bagi menggantikan Encik Amran bin Wahab yang bertukar ke SK Teluk Ketapang sebagai GPK Kokurikulum......





 Syabas dan tahniah.......

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...