Saturday 5 March 2016


Mesyuarat  Agung PIBG SK Medan Jaya kali ke 11 2016
dan
Penyampaian Wang Bantuan RM100 persekolahan

Khamis: 3 Mac 2016:  Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Medan Jaya telah berjaya diadakan pada hari ini. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Encik Roslan bin Ngah yang menggantikan YB A Latiff bin Awang, Exco Negeri Terengganu merangkap Adun Pengkalan Berangan yang tidak dapat bersama pada kali ini. Majlis berjalan dengan baik mengikut agenda yang telah dirancang.

Dalam ucapan perasmian, Encik Roslan bin Ngah menegaskan bahawa pendidikan sangat penting di dalam kehidupan dan beliau berharap agar PIBG SK Medan Jaya terus cemerlang dalam memantapkan pengurusan sekolah dan dalam mewujudkan kesepakatan dan keharmonian dengan ibubapa dan masyarakat.


Mesyuarat Agung kali ke-11 ini juga telah berjalan dengan baik dan pada tahun ini menyaksikan sedikit perubahan Jawatankuasa PIBG di kalangan ibubapa., manakala Jawatankuasa guru pula akan dilantik oleh pihak pentadbiran sekolah.















No comments:

Post a Comment

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...