Saturday 31 December 2016

Sekitar Hari Pertama Persekolahan Sesi 2017

1 Januari 2017 ( Ahad):  Alhamdulillah pada hari ini merupakan hari pertama pertama persekolahan bagi sesi 2017. Aktiviti rasmi pertama ialah perhimpunan mingguan sekolah. Guru Besar mengambil peluang mengucapkan selamat datang kepada murid murid baharu dan selamat meneruskan pembelajaran bagi semua murid pada tahun ini. 

Perhimpunan pada hari ini juga melibatkan kedatangan pegawai perhubungan sekolah dari ibu pejabat Balai Polis Marang yang memberi sedikit nasihat kepada semua murid









Thursday 29 December 2016

Hari Pendaftaran SKMJ 2017

29 Disember 2016 ( Khamis ) :  SK Medan Jaya mengadakan hari pendaftaran murid untuk kemasukan sesi 2017 nanti bermula dari Pra Sekolah, Kelas PPKI dan Tahun 1 hingga Tahun 6. Selepas selesai urusan pendaftran di kelas masing masing, ibu bapa dan murid boleh mendapatkan barang keperluan sekolah di Kedai Sekolah. 

Alhamdulillah secara keseluruhan hari pendaftran dapat berjalan dengan baik, terima kasih semua warga guru yang memberi kerjasama pada hari ini....SYABAS..












Tuesday 25 October 2016


Lawatan sambil belajar (LASBELA 2016)

Lawatan Sambil Belajar (Lasbela 2016) SK Medan Jaya telah di adakan pada 13 Oktober 2016 hingga 15 Oktober 2016. Lokasi pada tahun ini ialah ke Pulau Pinang dan Perak. Antara tempat menarik yang di lawati ialah Bukit Bendera, Muzium 3D, Padang Kota Lama dan sekitar Bandaraya Pulau Pinang. Manakala di Kuala Kangsar, semua murid lawatan dapat merasai pengalaman membuat corak labu sayung. Semoga lawatan bermaklumat ini dapat memberi banyak faedah kepada semua murid yang menyertai program ini.














Sunday 9 October 2016

HARI SUKAN NEGARA SK MEDAN JAYA 2016


8 Oktober 2016 (Sabtu) Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan. Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.





Tuesday 4 October 2016

Program Hari Kesihatan Warga SKMJ

Program Hari Kesihatan Warga SKMJ dengan kerjasama Klinik Kesihatan Marang dan Agensi Pencegahan Dadah Kebangsaan berlangsung pada hari Khamis 29 September 2016. Terima kasih kepada semua yang terlibat.













\



Kejohanan Sukan Balapan Padang dan Sukaneka 2016

Kejohanan Mini Sukan Balapan dan Padang dan Sukaneka SKMJ 2106 telah berlangsung dengan jayanya pada 27 dan 28 September 2016 .Penyertaan melibatkan semua murid SKMJ.   Tahniah kpd semua guru yg tidak pernah mengenal lelah. 

Guru Hebat, Murid Terdidik, Sekolah Cemerlang. Terima Kasih....























Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...