HARI SUKAN NEGARA SK MEDAN
JAYA 2016
8 Oktober 2016 (Sabtu) Sambutan Hari Sukan
Negara telah di isytiharkan pada setiap hari
Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini
merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu
langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat
menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh
yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan
matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan
Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan
setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan
Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah
air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat
keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan
aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan. Hari Sukan Negara ini adalah
penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya
hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif
bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding
dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya
hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar
penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment