Tuesday 29 January 2013

"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"


Perarakan Maulidur Rasul 1434H SK Medan Jaya bermula.....


MARANG (30 Januari 2013) : SK Medan Jaya telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul 1434H di peringkat sekolah, semalam.



Program bertemakan "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" dimulakan dengan perhimpunan khas di tapak perhimpunan yang mengumpulkan semua murid dan guru mengikut pasukan perarakan rumah sukan masing-masing. Perarakan dipimpin oleh pasukan salawat guru diketuai Us. Mohd Badrul dan GPK HEM, Cg. Che Haron.




Ceramah khas Maulidur Rasul oleh Us. Azarul
di Masjid Kompleks Telekom Malaysia (TM)  Medan Jaya,
Rusila, Marang, Terengganu.


Perarakan bermula dari sekolah menuju ke Masjid Telekom Medan Jaya sejauh 2.5 km dan dimeriahkan dengan alunan salawat maulidur rasul. Satu ceramah disampaikan oleh guru agama sekolah di masjid berkenaan.

Aktiviti-aktiviti kemeriahan program juga diadakan di Dewan Sekolah antaranya pertandingan laungan azan dan deklamasi sajak kerasulan. Sebelum ini juga dijalankan aktiviti mewarna tema sambutan dan penulisan khat "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" di kalangan murid prasekolah, Tahun 1-6 dan kelas pendidikan khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PKIBP).



AJK PIBG SK Medan Jaya turut memeriahkan alunan Salawat


 

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Besar, Pn. Hjh. Limah Mohd.


Rumah Biru muncul pasukan perarakan terbaik pada kali ini. Hadiah pemenang pertandingan disampaikan oleh Guru Besar,Pn. Hjh. Limah Mohd.

Unit Pembestarian dan Multimedia SK Medan Jaya, Marang mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga pengurusan sekolah, guru-guru, kakitangan dan murid sekalian di atas menjayakan sambutan Maulidur Rasul pada kali ini.


"SALAM MAULIDUR RASUL 1434H"
"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"


Berikut adalah rakaman Lensa SKMJ:





Perarakan Rumah Biru



Perarakan Rumah Hijau




Perarakan Rumah Merah









Melangkah keluar dari sekolah...


Perarakan Rumah Biru


Perarakan Rumah Merah.





Ketika tiba di pintu masuk Kompleks TM Medan Jaya.
 
Bersiap-sedia sebelum memulakan perarakan.


No comments:

Post a Comment

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...