Thursday 23 May 2013

TERIMA KASIH & SELAMAT TINGGAL BUAT USTAZAH NUR AZMA...


SELAMAT TINGGAL...



Nur Azma Abdul Wahab sewaktu mengikuti
Lawatan Bermaklumat ke PSS SK Padang Melangit, Perlis
pada April lepas.
Medan Jaya, Marang : Guru Pelatih Program j-QAF (Program Pendidikan Khas Integrasi - PPKI), Ustazah Nur Azma Abdul Wahab akan menamatkan tempoh Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS), bermula hari ini. Beliau telah berada di SK Medan Jaya selama 18 bulan bermula Januari 2012. Sepanjang tempoh berkenaan, beliau menjalani latihan perguruan berasaskan sekolah dengan bimbingan guru-guru di sekolah ini selain menjadikan pengalaman awal mengajar sebagai pengalaman yang sangat bermakna.

Bergambar kenangan dengan Guru Penolong Kanan PPKI,
Pn. Zaharah Samat


Nur Azma yang berasal dari Kg. Banggol Lalang, Serada, Kuala Terengganu genap seminggu mendirikan rumahtangga seminggu yang lepas (18 Mei 2013) adalah seorang Guru Pelatih IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan dan sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Program j-QAF Pendidikan Khas Integrasi. Beliau seorang yang sangat komited dengan kerja buat dan arahan yang diberi oleh pihak sekolah khususnya pengurusan PPKI. Nur Azma akan mengikuti kuliah pembelajaran guru pelatih di IPG Kota Bharu sepanjang cuti sekolah pertengahan tahun 2013 termasuk menghadiri Kursus Induksi SSM dan Modul Kenegaraan Biro Tatanegara.

Bergambar kenangan dengan rakan sejawat dari kelas PPKI.

(Kanan, bawah) Nur Azma menikmati minuman coklat sewaktu
Program Milo bersama komuniti.

LPBS memberi peluang kepada guru pelatih dalam menimba pengalaman selain mengaplikasikan teori pengajaran yang dipelajari sewaktu di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Kehadiran beliau ke kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah memberi pengalaman sangat manis apabila PPKI SK Medan Jaya telah dinobatkan PPKI Terbaik 2012. Kejayaan ini membawa kepada penganugerahan khas oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Bergambar kenangan selepas menghadiri
Majlis Jamuan Perpisahan Cg. Che Haron Abdullah
 (bekas GPK HEM SKMJ)
(Lokasi : Anjung Primula Hotel)

Sewaktu menikmati jamuan perpisahan Cg. Che Haron.

Bagi pihak pengurusan sekolah, Panatia Pendidikan Islam dan JK Program j-QAF SK Medan Jaya, Marang mengucapkan selamat maju jaya buat beliau. Semoga bahagia hendaknya dalam menjalani hidup berumah tangga dan membina kejayaan dalam kerjaya perguruan. Nur Azma kekal dalam ingatan dan memori indah buat kami di sini.

Bagi menghargai dan meraikan perpisahan Nur Azma dengan SK Medan Jaya, satu majlis khas akan diadakan pada jam 11 pagi bertempat di Kelas PPKI. Semua guru SKMJ dijemput hadir.


PERJALANAN MAJLIS MERAIKAN PERPISAHAN 
USTAZAH NUR AZMA ABDUL WAHAB






















arms/...

No comments:

Post a Comment

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...