Thursday, 16 May 2013

GURU PENDIDIKAN ISLAM PERLU TRANSFORM DALAM PENGAJARAN - Bahagian Pembangunan Kurikulum

Jurulatih Utama Kebangsaan sedang membentangkan tajuk HOTs
kepada peserta kursus induksi Jurulatih Utama Negeri Zon Timur 2013.

KUANTAN : Guru Pendidikan Islam disaran menggunakan Kemahiran HOTs (Higher Order Thinking Skills) atau Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ketika menyampaikan standard kandungan dan pembelajaran dalam Pengajaran mereka.

Ini sejajar dengan pelaksanaan kurikulum baharu KSSR yang menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan berkemahiran berfikir aras tinggi menjadikan murid sekolah sebagai 'global player' di masa akan datang.

Ceramah mengenai Buku Teks KSSR Pend. Islam Tahun 4
yang menarik.

Pen. Pengarah Operasi Pendidikan Islam (Rendah)
JPN Pahang membentangkan tajuk Buku Teks KSSR Pend. Islam

Tn. Hj. Fauzi Abdul, Pegawai BPK membentangkan tajuk
Dokumen Standard Kandungan-DSK Pend. Islam Tahun 4.

Peserta kursus terdiri daripada barisan JU Negeri Zon Timur.

JU Kebangsaan membentangkan tajuk Dokumen Standard Prestasi
dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Pegawai LPM membentangkan rumusan isu-isu
pelaksanaan PBS.

Hal ini ditegaskan oleh Pn. Hjh. Nor Azza Ibrahim, Penolong Pengarah Operasi Pendidikan Islam (Rendah) di Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi Malaysia ketika merumuskan penggulungan di hari terakhir Kursus Induksi Jurulatih Utama KSSR Pendidikan Islam Tahun 4, di sini.

Kursus yang melibatkan peserta zon Timur dari Kelantan, Terengganu dan Pahang dikelolakan bersama BPK dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Urusetia juga mengambil peluang meraikan sambutan Hari Guru di kalangan JU dalam suasana sederhana.

SELAMAT HARI GURU
"TERIMA KASIH CIKGU"










arms/...

No comments:

Post a Comment

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...