Kumpulan Guru AKRAM-JU KSSR/PBS |
Cameron Highland, Pahang : Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Terengganu telah melancarkan Pakej Pentaksiran dan Pecutan Prestasi Pembelajaran Melalui Modular (5P2M) sebagai ganti kepada peperiksaan OTI di negeri ini, bermula tahun ini. Ini adalah sejajar dengan dasar KPM yang tidak lagi membenarkan JPN di seluruh negara menjalankan penilaian/peperiksaan yang setara di kalangan murid di sekolah.
Perasmian oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam JPN Terengganu |
Taklimat Pembinaan Modul 5P2M oleh Ketua Unit Operasi Pendidikan Islam JPN Terengganu |
Bergambar kenangan bersama rakan setugas |
Rumusan Kursus oleh Pen. Pengarah (Operasi Pend. Islam Sekolah Rendah) JPN Terengganu |
Sektor Pendidikan Islam JPN Terengganu sedang giat menyediakan modul khusus Pendidikan Islam Sekolah Rendah (KSSR) untuk tujuan tersebut. Melalui modul ini, semua murid di sekolah dapat dinilai melalui pelbagai pakej soalan penilaian dan instrumen pentaksiran yang bersesuaian dengan tahap perkembangan pembelajaran murid. Modul berkenaan juga dapat digunakan bagi tujuan Ujian Sumatif dalam bentuk 3 siri. Setiap 3 bulan, murid di sekolah akan menduduki Ujian Sumatif untuk mengukur prestasi semasa dalam pendidikan. 5P2M juga bertujuan memperkasakan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah.
Seramai 30 guru AKRAM dan JU KSSR/PBS dari sekolah rendah yang terpilih telah diberi kepercayaan oleh jabatan untuk bersama-sama menyumbang penulisan modul 5P2M berkenaan dan ia dijangka diterbit dan diedarkan ke sekolah di negeri ini pada penghujung tahun 2013.
arms/...
No comments:
Post a Comment