Thursday, 14 March 2013

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD MARANG 2013 BERAKHIR



Penyampaian hadiah di Majlis Penutup Kejohanan Balapan dan Padang
MSSD Marang Kali Ke-22 Tahun 2013 disempurnakan oleh
Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Marang.

Seberang Marang : SK Bukit Sawa dan SMK Seberang Marang muncul sekolah terbaik rendah dan menengah selepas mencatat pungutan emas terbanyak di Kejohanan Balapan dan Padang, Majlis Sukan Sekolah Daerah Marang Kali Ke-22, Tahun 2013.

JK Hadiah Majlis Penutup Kejohanan

Antara jemputan rasmi di majlis penutup.

Larian Berpagar 100m Perempuan Bawah 12 Tahun
antara acara yang disertai oleh kontinjen SKMJ.

Peserta SKMJ di lorong 3, Anis Syakirah.


Kepada kontinjen SK Medan Jaya diucapkan syabas dan tahniah kerana berjaya menyertai kejohanan dengan jayanya. Semoga berusaha lagi di tahun depan.


arms...

PEMBANGUNAN STAF 2013 - KULIAH ILMU AGAMA BERMULA

Penceramah Agama jemputan sedang menyampaikan Kuliah Ilmu Bulanan
kepada warga sekolah.

Medan Jaya, Marang : JK Pembangunan Staf telah menggerakkan program pemantapan diri menerusi siri kuliah ilmu agama secara bulanan. Ia bertujuan memperkasa diri guru dan anggota sokongan dalam mengharungi cabaran dalam membina kerjaya di bidang pendidikan.

Berikut adalah rakaman lensa yang sempat dirakam oleh Blogger Team SKMJ :


Guru-guru yang hadir mengikuti kuliah ilmu agama.

Anggota sokongan termasuk Pembantu Pengurusan Murid (PPM).


PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH : Ketahui Prestasi Anda...

Guru Besar, Pn. Hjh. Limah Mohd sedang menyampaikan taklimat
mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada warga sekolah.


Medan Jaya, Marang : JK Pentaksiran Sekolah telah mengadakan taklimat kepada semua murid mengenai sistem pentaksiran, baru-baru ini.

Ia merangkumi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada murid tahap 1 (Tahun 1 hingga 3) yang sedang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan beberapa pentaksiran pada murid tahap 2 (Tahun 4-6) termasuk PLBS, PAFA dan lain-lain.

Taklimat Pentaksiran Sains oleh Cg. Shahrul

Taklimat Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)
oleh Cg. Hjh. Najibah Daud

Sesi Taklimat dikelolakan oleh Setiausaha Pentaksiran Sekolah,
Cg. Suriati Ibrahim

Pn. Guru Besar ketika taklimat PBS.

Uszh. Radhiah Taib menyampaikan
taklimat Penilaian Asas Fardu Ain (PAFA)

Taklimat Pentaksiran Bahasa Inggeris oleh Cg. Mustapha yang juga
Penyelaras UPSR SK Medan Jaya.


arms...

Wednesday, 13 March 2013

LAWATAN OPERASI PERSEKOLAHAN KE SK MEDAN JAYA

SELAMAT DATANG KE SK MEDAN JAYA

Medan Jaya, Marang : SK Medan Jaya dikunjungi sekumpulan guru dari SMK Tun Telanai dalam meninjau dengan lebih dekat operasi persekolahan SK Medan Jaya, hari ini. Mereka turut meninjau kehijauan landskap dan persekitaran sekolah.

Blogger Team mengucapkan selamat datang kepada mereka. Semoga terjalin hubungan silaturrahim di kalangan warga pendidikan daerah Marang.


arm/berita...

CIKGU CHE HARUN DILANTIK GPK 1 SK BUKIT BAYAS

GPK HEM, Che Harun Abdullah (tengah) ketika di perhimpunan mingguan
Ahad lepas.

Medan Jaya, Marang : Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah melantik Guru Penolong Kanan HEM SK Medan Jaya, En. Che Harun Abdullah sebagai Guru Penolong Kanan 1 di SK Bukit Bayas, Kuala Terengganu.

Beliau dijangka akan bertugas sepenuhnya pada 21 Mac depan.

Syabas dan tahniah diucapkan atas lantikan tersebut. Selamat bertugas di tempat baru.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Syabas dan Tahniah"

Sunday, 10 March 2013

MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUAN - Suatu Tinjauan

Sepanjang penulis mula berkhidmat di SK Medan Jaya, sebahagian guru adalah mereka yang begitu gigih dan komited dengan pembelajaran berterusan. Ini termasuklah guru-guru kita yang sedang belajar dan menduduki peperiksaan semester sama ada di OUM mahupun di IPGM.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka. Masing-masing sibuk dengan kerjaya mengajar anak murid di sekolah, melaksanakan tugasan sekolah mahupun PPD/JPNT di lapangan dan menyiapkan tugasan (assignment) semester.

Pembelajaran di institusi pengajian tinggi di peringkat ijazah memang menyeronokkan dan mencabar diri. Pengurusan masa adalah senjata utama dalam merangka kerja buat demi keseimbangan kerjaya sebagai guru di sekolah, watak isteri dan ibu di rumah dan watak pelajar/siswa/siswi di institusi pengajian.

Suasana kampus yang penuh akademik dan keilmuan menjadikan kita berlumba-lumba mencari ilmu. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Kebangsaan, KPM memberi banyak peluang kepada guru untuk meningkatkan taraf akademik seterusnya menikmati jawatan PPPS KPM. KPM mensasarkan 50% guru-guru di sekolah rendah adalah lulusan berijazah/PPPS.

Pengamatan penulis kepada sejarah Negarawan Pendidikan Negeri dan Negara, Allahyarham Dato' Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu begitu menyentuh hati penulis. Ketokohan pada beliau memberi satu pengertian amat besar bahawa anak Terengganu bukan calang-calang orangnya. Kewibawaan beliau telah melonjakkan prestasi pendidikan Terengganu di arena kebangsaan dengan kecemerlangan peperiksaan UPSR dan peperiksaan awam lain. Kekuatan komunikasi pada beliau begitu memukau audiens untuk mendengar ungkapan dan kata-kata bestari.

Lantaran itu, penulis menyahut cabaran dalam bidang komunikasi dengan menyertai Debat ala Parlimen/Bahas Guru sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan dua tahun berturut-turut. Komunikasi adalah senjata besar guru dalam menyampaikan pengajaran dengan berkesan.

Pasukan Debat ala Parlimen/Bahas Guru 2011
Kontinjen JPN Terengganu.
Penulis telah diberi peluang dan kepercayaan sebagai JU untuk menyebarkan kandungan kurikulum baru sekolah rendah atau dikenali KSSR kepada guru-guru di Terengganu. Ia bermula dengan menimba ilmu pengetahuan dan maklumat yang tepat sebelum menyampaikannya kepada penerima/guru. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam tempoh seminggu pada 2 tahun lepas telah berhempas pulas mendedahkan isi kandungan KSSR kepada barisan JU zon Pantai Timur agar KSSR dapat beroperasi dengan sebetulnya di sekolah rendah. Pendek kata, untuk mengajar orang lain untuk membuat kerja dengan betul, kita terlebih dahulu perlu menyiapkan diri sendiri dengan pengetahuan dan kemahiran secukupnya.

MENJAYAKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA :
Penulis sewaktu menerima Watikah Lantikan JU KSSR
dari KPP Sektor Pendidikan Islam BPK KPM.

Selamat belajar kepada teman seperjuangan di SK Medan Jaya. Semoga berjaya dan komitmen anda semua adalah kebanggaan kita bersama.


Penulis/
Blogger Team 2

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD MARANG 2013

Marang (10 Mac 2013) : Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) Marang akan menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang Daerah bermula esok, Isnin 11 Mac hingga Khamis 14 Mac 2013.

Kejohanan dijadual berlangsung di padang SMK Seberang Marang.

Penulis difahamkan MSSD Dungun dan Hulu Terengganu turut menganjurkan kejohanan di daerah masing-masing pada tarikh berkenaan.

Semoga MSS Terengganu dapat melahirkan bintang baru yang akan bersinar di pentas kebangsaan seperti Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang.

Sepanjang penulis berkhidmat di daerah Hulu Terengganu sebelum ini, temasya kejohanan sangat meriah dan hebat. SMK Jenagor dan SMK Menerong saling bersaing sengit dalam acara balapan dan padang.

Begitu juga dengan atlet-atlet sekolah rendah seperti dari SK Tengkawang, SK TAI dan SK Sg. Berua. Masing-masing mempamerkan aksi cemerlang di antara satu sama lain.

Penulis mencatat sedikit kenangan ketika di Hulu Terengganu (SKK SKSBRG) :

Penulis (kanan) ketika bertugas dalam Majlis Penutup
Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Hulu Terengganu 2010
bertempat di SMK Jenagor, Hulu Terengganu.

Atlet SK Sg. Berua (sekolah orang asli) memberi tentangan sengit
dalam acara larian L12.

Kuasa Baru Raja Pecut 4 x 100m dikuasai kontinjen SK Seri Berang.
Mohd Haikal Abdullah (dua dari kanan) muncul pemenang pingat emas MSSD
dan MSST serta Pingat Gangsa MSSM 2010.

Upacara Penyampaian Hadiah di Hari Penutup Kejohanan.


Penulis sempat merakam sokongan padu Pn. Hasnah Hasan,
Guru Besar Cemerlang SK Seri Berang dan guru-guru ketika acara 4x100m
akhir L12 yang dimenangi atlet Seri Berang.

Kepada Kontinjen Atlet SK Medan Jaya diucapkan selamat berjuang untuk acara L12 dan P12. Semoga beroleh kemenangan.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...