Sepanjang penulis mula berkhidmat di SK Medan Jaya, sebahagian guru adalah mereka yang begitu gigih dan komited dengan pembelajaran berterusan. Ini termasuklah guru-guru kita yang sedang belajar dan menduduki peperiksaan semester sama ada di OUM mahupun di IPGM.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka. Masing-masing sibuk dengan kerjaya mengajar anak murid di sekolah, melaksanakan tugasan sekolah mahupun PPD/JPNT di lapangan dan menyiapkan tugasan (assignment) semester.
Pembelajaran di institusi pengajian tinggi di peringkat ijazah memang menyeronokkan dan mencabar diri. Pengurusan masa adalah senjata utama dalam merangka kerja buat demi keseimbangan kerjaya sebagai guru di sekolah, watak isteri dan ibu di rumah dan watak pelajar/siswa/siswi di institusi pengajian.
Suasana kampus yang penuh akademik dan keilmuan menjadikan kita berlumba-lumba mencari ilmu. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Kebangsaan, KPM memberi banyak peluang kepada guru untuk meningkatkan taraf akademik seterusnya menikmati jawatan PPPS KPM. KPM mensasarkan 50% guru-guru di sekolah rendah adalah lulusan berijazah/PPPS.
Pengamatan penulis kepada sejarah Negarawan Pendidikan Negeri dan Negara, Allahyarham Dato' Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu begitu menyentuh hati penulis. Ketokohan pada beliau memberi satu pengertian amat besar bahawa anak Terengganu bukan calang-calang orangnya. Kewibawaan beliau telah melonjakkan prestasi pendidikan Terengganu di arena kebangsaan dengan kecemerlangan peperiksaan UPSR dan peperiksaan awam lain. Kekuatan komunikasi pada beliau begitu memukau audiens untuk mendengar ungkapan dan kata-kata bestari.
Lantaran itu, penulis menyahut cabaran dalam bidang komunikasi dengan menyertai Debat ala Parlimen/Bahas Guru sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan dua tahun berturut-turut. Komunikasi adalah senjata besar guru dalam menyampaikan pengajaran dengan berkesan.
Pasukan Debat ala Parlimen/Bahas Guru 2011 Kontinjen JPN Terengganu. |
MENJAYAKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA : Penulis sewaktu menerima Watikah Lantikan JU KSSR dari KPP Sektor Pendidikan Islam BPK KPM. |
Selamat belajar kepada teman seperjuangan di SK Medan Jaya. Semoga berjaya dan komitmen anda semua adalah kebanggaan kita bersama.
Penulis/
Blogger Team 2
No comments:
Post a Comment