Marang (10 Mac 2013) : Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) Marang akan menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang Daerah bermula esok, Isnin 11 Mac hingga Khamis 14 Mac 2013.
Kejohanan dijadual berlangsung di padang SMK Seberang Marang.
Penulis difahamkan MSSD Dungun dan Hulu Terengganu turut menganjurkan kejohanan di daerah masing-masing pada tarikh berkenaan.
Semoga MSS Terengganu dapat melahirkan bintang baru yang akan bersinar di pentas kebangsaan seperti Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang.
Sepanjang penulis berkhidmat di daerah Hulu Terengganu sebelum ini, temasya kejohanan sangat meriah dan hebat. SMK Jenagor dan SMK Menerong saling bersaing sengit dalam acara balapan dan padang.
Begitu juga dengan atlet-atlet sekolah rendah seperti dari SK Tengkawang, SK TAI dan SK Sg. Berua. Masing-masing mempamerkan aksi cemerlang di antara satu sama lain.
Penulis mencatat sedikit kenangan ketika di Hulu Terengganu (SKK SKSBRG) :
Begitu juga dengan atlet-atlet sekolah rendah seperti dari SK Tengkawang, SK TAI dan SK Sg. Berua. Masing-masing mempamerkan aksi cemerlang di antara satu sama lain.
Penulis mencatat sedikit kenangan ketika di Hulu Terengganu (SKK SKSBRG) :
Penulis (kanan) ketika bertugas dalam Majlis Penutup Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Hulu Terengganu 2010 bertempat di SMK Jenagor, Hulu Terengganu. |
Atlet SK Sg. Berua (sekolah orang asli) memberi tentangan sengit dalam acara larian L12. |
Kuasa Baru Raja Pecut 4 x 100m dikuasai kontinjen SK Seri Berang. Mohd Haikal Abdullah (dua dari kanan) muncul pemenang pingat emas MSSD dan MSST serta Pingat Gangsa MSSM 2010. |
Upacara Penyampaian Hadiah di Hari Penutup Kejohanan. |
Penulis sempat merakam sokongan padu Pn. Hasnah Hasan, Guru Besar Cemerlang SK Seri Berang dan guru-guru ketika acara 4x100m akhir L12 yang dimenangi atlet Seri Berang. |
Kepada Kontinjen Atlet SK Medan Jaya diucapkan selamat berjuang untuk acara L12 dan P12. Semoga beroleh kemenangan.
No comments:
Post a Comment