|
KONVENSYEN KELAB DOKTOR MUDA PERINGKAT DAERAH MARANG
DI BTPN TERENGGANU, MARANG 31 MAC 2013 |
|
Kontinjen Koakademik Sains dari SK Medan Jaya :
Kelab Doktor Muda Tahun 2013. |
MARANG : Bahagian Promosi Kesihatan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Marang dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Marang berjaya menganjurkan Konvensyen Kelab Doktor Muda Daerah Marang, hari ini.
Program berlangsung di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Terengganu bertujuan mengetengahkan bakat-bakat celik sains kesihatan di kalangan 'doktor-doktor muda' dari sekolah rendah di daerah ini.
Doktor Muda merupakan pelajar sekolah tahun 4, 5 dan 6 yang terpilih dan terlatih sebagai ’Pembimbing Rakan Sebaya’, yang bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan pelajar sekolah.
Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagi menyediakan mereka menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Mereka bertindak sebagai role model, promoter dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah.
Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat penting. Lazimnya, pelajar yang, berminat, sihat, kemas, berpersonaliti menarik, memiliki sifat kepimpinan, bertanggung jawab, berpengaruh, suka menolong dan cemerlang dalam akademik menjadi kriteria dalam pemilihan Doktor Muda
SK Medan Jaya berpeluang menghantar kontinjen Kumpulan Doktor Muda ke program berkenaan dengan menyertai pertandingan bercerita kesihatan (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris), Sketsa Bakat, Buku Skrap Informasi Kesihatan, Melukis Poster dan Kuiz Kesihatan.
Antara faedah yang boleh diperolehi dalam melaksanakan Kelab Doktor Muda adalah:
- Tabiat kesihatan dapat dipupuk di kalangan murid di peringkat sekolah rendah.
- Murid sekolah mendapat pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan.
- Murid belajar menghargai kesihatan.
- Doktor Muda memperolehi dan mengamalkan kemahiran berkomunikasi.
- Memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan di kalangan doktor muda.
- Doktor muda mendapat pengalaman membantu pasukan kesihatan sekolah.
- Kesihatan asas murid – kebersihan diri & penyakit kulit dipantau.
- Mencegah berlakunya keracunan makanan, penyakit berjangkit.
- Murid akan bentuk sikap positif terhadap anggota kesihatan dan perkhidmatan kesihatan.
- Sekolah bersih
- Sekolah bebas Aedes
- Imej sekolah meningkat
Dalam perkembangan berkaitan, SK Medan Jaya muncul Kelab Doktor Muda Terbaik Daerah Marang dan Naib Johan dalam pertandingan Sketsa Bakat
"Merokok Membawa Padah".
|
Pn. Dr. Hjh. Faizan binti Hj. Ghazali Pegawai Kesihatan Daerah Marang |
Perasmian majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Y.Bhg Dr. Hjh. Faizan binti Hj. Ghazali, Pakar Kesihatan Awam yang juga Pegawai Kesihatan Daerah Marang.
Untuk keterangan lanjut, sila klik pautan berikut :
http://www.drmuda.gov.my/drmuda.*
Blogger Team mengucapkan selamat bersidang di konvensyen tersebut.
arms/...