Thursday, 30 June 2016


Cuti Sempena Hari Raya Aidilfitri bagi semua sekolah di Terengganu bermula 1 Julai hingga 9 Julai 2016. Admin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga sekolah.


Majlis Khatam al-Quran dan Penyampaian Sumbangan 
 Ihya Ramadhan SK Medan Jaya 2016


30 Jun 2016 (Khamis) : Majlis Khatam al-quran dan penyampaian sumbangan kepada murid sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak. Tahniah Semua warga SKMJ dan terima kasih atas kerjasama menjayakan program ini. 










Monday, 27 June 2016

Majlis Berbuka Puasa Bersama Murid Tahun 6 2016

23 Jun 2016 ( Khamis ) :Majlis Berbuka Puasa bersama AJK PIBG dan Murid-Murid Tahun 6 calon upsr 2016 berlangsung pada hari Khamis 23Jun 2016 di Kantin SK Medan Jaya. Kelab Guru dan Kakitangan SKMJ telah di pertanggungjawabkan untuk menganjurkan majlis ini. Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan baik

TENTATIF PROGRAM

-6.30 Ptg ~Kehadiran Tetamu
-6.45 Ptg ~Tahlil
-7.24 Ptg ~Berbuka Puasa
-7.45 Malam ~Solat Maghrib Berjemaah

-8.00 Malam ~Bersurai









Sunday, 19 June 2016

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana
SK Medan Jaya

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat pada setiap khamis yang melibatkan semua warga SK Medan Jaya kini bermula. Mohon kepada Allah untuk kejayaan anak-anak pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada September 2016 nanti. Murid Cemerlang......Impian Kami

SK Medan Jaya Boleh!!!




Majlis Tadarus al-Quran sempena Ramadhan 2016


Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadhan ini, pihak panitia Pendidikan Islam berjaya menganjurkan aktiviti bagi menghidupkan lagi suasana bulan puasa ini dengan menjalankan akiviti Tadarrus Al-Quran kepada semua murid SK Medan Jaya. Aktviti ini di jalankan pada masa rehat dan di bantu oleh semua guru SK Medan Jaya. Tahniah di atas penganjuran program ini. 






Tuesday, 17 May 2016

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2016

Alhamdulillah, Sambutan Hari Guru peringkat SK Medan Jaya telah disambut dengan jayanya. Sambutan ini telah diadakan pada 16 Mei 2016 (Isnin). Sambutan ini cukup meriah, keceriaan jelas terpancar di wajah guru-guru dan murid-murid.

Majlis dimulakan dengan perhimpunan di Dewan Sakinah, murid-murid dan guru-guru bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah dengan penuh semangat. Doa memohon keberkatan majlis dibaca oleh Ustaz Fadhlan b. Yayao. Majlis diteruskan dengan ucapan wakil murid yang mewakili semua murid SK Medan Jaya mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru kerana tidak jemu-jemu mendidik mereka. Semua murid melaungkan slogan "Saya Sayang Cikgu Saya".

Seterusnya, barisan pentadbir membaca perutusan-perutusan daripada Menteri Pendidikan Malaysia, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Menteri Besar Terengganu dan Pengarah Pendidikan Terengganu. Sebelum majlis di dewan berakhir, semua guru tampil ke pentas untuk melafazkan Ikrar Guru dan menyanyikan lagu Guru Malaysia. 

Acara sukaneka dimulakan dengan pebagai sukaneka yang telah di rancang oleh AJK persembahan dan sukaneka. Selepas itu  acara dewan bermula, semua hadirin terhibur dengan persembahan murid-murid dan guru-guru. Guru Penolong Kanan Kokurikulum telah menyumbangkan satu lagu. Acara dewan berakhir dengan penyampaian hadiah kepada semua guru dan staf. . Majlis bersurai dengan sedikit jamuan.


















Perkhemahan PBB SK Medan Jaya 2016

Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Medan Jaya. Program ini disertai oleh murid yang menjadi ahli daripada setiap badan-badan unit beruniform SK Medan Jaya. Ia akan diadakan Taman Pertanian Sekayu, Hulu Terengganu pada 12 – 14 Mei 2016 . Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap murid. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk  membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

OBJEKTIF

1. Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman dalam menyertai
    program kepimpinan.
2.   Membentuk murid yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
3.   Melatih para murid untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.

4.   Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.
5.   Melahirkan para murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
6.   Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.

7.    Melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.





















Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...