Perkhemahan PBB SK Medan Jaya 2016
Perkhemahan
Pasukan Badan Beruniform ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang
dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Medan Jaya. Program ini disertai oleh murid
yang menjadi ahli daripada setiap badan-badan unit beruniform SK Medan Jaya. Ia
akan diadakan Taman Pertanian Sekayu, Hulu Terengganu pada 12 – 14 Mei 2016
. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan
Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum.
Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan
tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar.
Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan
oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.
MATLAMAT
Matlamat
program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin
yang perlu ada dalam setiap murid. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan
diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai
aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta
dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang.
Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani
agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan
negara yang mampan.
OBJEKTIF
1. Memberi
peluang kepada murid merasai pengalaman dalam menyertai
program kepimpinan.
2. Membentuk murid yang mampu berdikari dan
mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
3. Melatih para murid untuk memupuk sikap
toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.
4. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri
semasa menyertai aktiviti yang disediakan.
5. Melahirkan para murid yang berupaya untuk
mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam
kumpulan.
6. Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan
serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
7. Melahirkan murid yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan sosial.
No comments:
Post a Comment