Thursday, 23 May 2013

TERIMA KASIH & SELAMAT TINGGAL BUAT USTAZAH NUR AZMA...


SELAMAT TINGGAL...



Nur Azma Abdul Wahab sewaktu mengikuti
Lawatan Bermaklumat ke PSS SK Padang Melangit, Perlis
pada April lepas.
Medan Jaya, Marang : Guru Pelatih Program j-QAF (Program Pendidikan Khas Integrasi - PPKI), Ustazah Nur Azma Abdul Wahab akan menamatkan tempoh Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS), bermula hari ini. Beliau telah berada di SK Medan Jaya selama 18 bulan bermula Januari 2012. Sepanjang tempoh berkenaan, beliau menjalani latihan perguruan berasaskan sekolah dengan bimbingan guru-guru di sekolah ini selain menjadikan pengalaman awal mengajar sebagai pengalaman yang sangat bermakna.

Bergambar kenangan dengan Guru Penolong Kanan PPKI,
Pn. Zaharah Samat

Wednesday, 22 May 2013

KARNIVAL BAHASA MELAYU SR DAERAH MARANG 2013

Pemenang Bercerita dan Pidato bergambar kenangan dengan
Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Marang dan Guru Besar.

Medan Jaya, Marang : SK Medan Jaya telah diberi kepercayaan dan amanah untuk menjadi tuan rumah Karnival Bahasa Melayu Sekolah Rendah Daerah Marang, hari ini.





UJIAN SUMATIF 2: DANIEL PEROLEH 5A SUBJEK UPSR

Daniel diberi penghargaan Tahniah oleh JK UPSR SK Medan Jaya

Murid Tahun 6 yang berjaya peroleh Gred A dalam Subjek UPSR
Medan Jaya, Marang : Seramai 10 murid berjaya memperoleh sekurang-kurangnya 1A dalam subjek UPSR ketika menduduki Ujian Sumatif 2, baru-baru ini.

Kejayaan mereka diraikan oleh JK Projek UPSR SK Medan Jaya, pagi tadi dan disempurnakan oleh Guru Besar, Pn. Hjh. Limah Mohd.

Semoga kejayaan awal ini menjana kecemerlangan dalam peperiksaan sebenar UPSR nanti.


arms/...

Thursday, 16 May 2013

SELAMAT HARI GURU 2013


WARGA SK MEDAN JAYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU 2013
GURU MALAYSIA: 1 ASPIRASI 1 AGENDA

SK Medan Jaya: Tanggal 16 Mei merupakan Hari yang paling bermakna buat warga pendidik kerana hari ini merupakan Hari Guru yang disambut meriah disemua sekolah-sekolah diseluruh negara. Warga SK Medan Jaya juga tidak ketinggalan mengadakan Sambutan Hari Guru yang mana disambut penuh meriah.

SEKITAR SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH  2013:

 DEWAN SAKINAH:

Majlis dipengerusikan oleh Pn Suriati bt Ibrahim
Ucapan wakil murid: Syakirah bt Mohd Hayat

Ucapan wakil Guru: Encik Said b Abd Manaf


Ucapan YDP PIBG: YM Engku Hamzah b Engku Jalil
Ucapan Wakil PPD: Encik Rosdi b Hashim
Ucapan Guru Besar Cemerlang: Pn Hjh Limah bt Mohd
 PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA WAKIL PPD MARANG.


Berselera dengan hidangan jamuan Gulai Kawah
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN PERSEMBAHAN MURID-MURID SK MEDAN JAYA


ACARA TUKAR-TUKAR HADIAH ANTARA GURU



ACARA KEMUNCAK YANG MENGGAMATKAN SUASANA IALAH RAJA DAN RATU KERTAS


WARNA-WARNI SAMBUTAN HARI GURU SK MEDAN JAYA



SELAMAT HARI GURU!! TERIMA KASIH CIKGU!!










Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...