Saturday, 18 November 2017

14 Oktober 2017.....Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Marang... tahniah untuk pelajar-pelajar SK Medan Jaya yang berjaya dalam cabutan bertuah.... Terima kasih kepada guru- guru yang dapat meluangkan masa cuti hujung minggu.




Tuesday, 14 November 2017

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah SK Medan Jaya.. 6 Julai 2017.










Terima kasih kepada Tuan PPD Marang yang sudi hadir berjumpa dengan guru-guru dan murid-murid tahun 6 SK Medan Jaya.. semuga dapat membakar semangat mereka untuk kecemerlangan UPSR 2017.... 3 Julai 2017.




Tahniah kpd murid yg berjaya meningkatkan prestasi dlm ujian pertengahan tahun baru- baru ini. Pemberian insentif diharapkan dpt memberi dorongan dan semangat untuk terus berjuang menggapai kejayaan. Terima kasih kepada guru-guru yang tidak pernah putus asa untuk menaikkan nama sk Medan Jaya.



Kenangan .... majlis berbuka puasa dan meraikan guru bertukar sekolah ( 2 dlm 1 )... pada hari Isnin 19 Jun 2017.






Di hari persaraan Ustazah Rodhiah.... Khamis, 25 Mei 2017. Jasamu dikenang.... jauh di mata dekat di hati. Selamat bersara cikgu







Tuesday, 16 May 2017

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2017

Alhamdulillah, Sambutan Hari Guru peringkat SK Medan Jaya telah disambut dengan jayanya. Sambutan ini telah diadakan pada 16 Mei 2017 (Selasa). Sambutan ini cukup meriah, keceriaan jelas terpancar di wajah guru-guru dan murid-murid.

Majlis dimulakan dengan perhimpunan di Dewan Sakinah, murid-murid dan guru-guru bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah dengan penuh semangat. Doa memohon keberkatan majlis dibaca oleh Ustaz Mohd Badrul Hisham. Majlis diteruskan dengan ucapan wakil murid yang mewakili semua murid SK Medan Jaya mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru kerana tidak jemu-jemu mendidik mereka. Semua murid melaungkan slogan "Saya Sayang Cikgu Saya".

Seterusnya, barisan pentadbir membaca perutusan-perutusan daripada Menteri Pendidikan Malaysia, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Menteri Besar Terengganu dan Pengarah Pendidikan Terengganu. Sebelum majlis di dewan berakhir, semua guru tampil ke pentas untuk melafazkan Ikrar Guru dan menyanyikan lagu Guru Malaysia.


Acara sukaneka dimulakan dengan pebagai sukaneka yang telah di rancang oleh AJK persembahan dan sukaneka. Selepas itu  acara dewan bermula, semua hadirin terhibur dengan persembahan murid-murid dan guru-guru. . Acara dewan berakhir dengan penyampaian hadiah kepada semua guru dan staf. . Majlis bersurai dengan sedikit jamuan.
















Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...