Friday, 5 May 2017

Perkhemahan PBB SK Medan Jaya 2017

Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Medan Jaya. Program ini disertai oleh murid yang menjadi ahli daripada setiap badan-badan unit beruniform SK Medan Jaya. Ia akan diadakan di SK Medan Jaya pada 3 – 5 Mei 2017 . Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap murid. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk  membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

OBJEKTIF

1. Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman dalam menyertai
    program kepimpinan.
2.   Membentuk murid yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
3.   Melatih para murid untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.

4.   Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.
5.   Melahirkan para murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
6.   Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.


7.    Melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.



















Monday, 1 May 2017

Pertandingan 3K SK Medan Jaya 2017


Tahniah dan Syabas kepada semua warga SKMJ yang menjayakan program 3K sepanjang tahun....anda memang hebat dan terbaik..

Wednesday, 19 April 2017

Latihan Kebakaran 2017
Fire Drill atau Latihan Kebakaran adalah antara langkah persediaan yang penting untuk mempersiapkan pelajar, guru dan kakitangan sekolah apabila menghadapi keadaan sebenar semasa kebakaran. Jawatankuasa Keselamatan, Kecerian, Kebersihan dan Kesihatan Sekolah yang mendapat kerjasama penuh Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Marang telah berjaya mengadakan satu latihan kebakaran pada 18 April 2017 . Jawatankuasa 3K   telah menggariskan beberapa objektif untuk latihan seumpama ini seperti:
1.      Pelajar/Guru/Kakitangan dapat menyelamatkan diri jika sekiranya berlaku kebakaran
2.      Pelajar/Guru/Kakitangan dapat berwaspada sentiasa dan berhati-hati dengan kebakaran.
3.      Pelajar/Guru/Kakitangan dapat mengikuti laluan untuk menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran

Latihan Kebakaran yang dirancang pada jam 8:30 pagi pagi telah dimulakan dengan pihak sekolah membunyikan siren tepat jam 8:30 pagi dikuti dengan semua murid keluar dari kelas dan beratur di tepi kelas dan terus berjalan menuju ke tempat berhimpun di padang ketika berlaku kebakaran.




















Gotong Royong 3K dengan kerjasama PIBG dan Agensi Anti Dadah kebangsaan(AADK) Di SKMJ pada hari Sabtu 08 April 2017. Terima kasih kpd guru dan ibubapa yg turut serta menjayakan program tersebut....

















Tuesday, 4 April 2017


Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)
Peringkat SK Medan Jaya

4 April 2017 ( Selasa ) Kem Membaca 1Malaysia (KM1M)  merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 26 Oktober hingga 5 November 2009.

Berdasarkan surat arahan daripada Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 05 September 2012, Ruj:KP(BTP)-PSP8810/1/2Jld.4(32) telah mengarahkan semua sekolah di seluruh negara melaksanakan KM1M bermula dari 22 Oktober hingga 25 Oktober 2012 bertujuan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dengan tema ‘Pembacaan Pemangkin 1Malaysia’.

Terdapat empat objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan hujung tahun, menggerakkan program/aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.















Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...