Thursday, 17 April 2014

PERKHEMAHAN PBB SKMJ 2014 : Syamil dan Salsabila Peserta Terbaik

Pemeriksaan kehormat oleh En Sukardi, Pen PPD Marang ketika Majlis Penutup
dan Penyampaian Hadiah Perkhemahan PBB SK Medan Jaya Tahun 2014

PULAU KERENGGA, MARANG (19 April 2014) : JK Induk Kokurikulum SK Medan Jaya telah berjaya melaksanakan Perkhemahan Tahunan Pasukan Badan Beruniform (PBB) Sekolah, di Taman Rekreasi MDM Pulau Kerengga, di sini bermula Khamis lepas.

Program selama 3 hari memberi pengalaman yang berguna kepada para peserta dalam membina keyakinan diri untuk berdikari. Semua murid Tahun 4, 5 dan 6 terlibat dalam perkhemahan kali ini. Para peserta terlibat dengan aktiviti 'Jungle Tracking', Pertandingan Ikatan dan Simpulan, Kawad Kaki, Masakan, Membina Istana Pasir, dan Malam Kebudayaan. Penekanan juga dibuat kepada peserta untuk solat berjemaah, makan bersama-sama dan sebagainya.

Peserta Terbaik Lelaki
MOHAMAD SYAMIL SUMARDI

Peserta Terbaik Perempuan
SALSABILA MAZLAM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
PASUKAN PBB TERBAIK
PERKHEMAHAN SKMJ 2014

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En Sukardi (Unit Kokurikulum) Pen. PPD Marang. Pasukan Pergerakan Puteri Islam (PPI) dipilih sebagai pasukan terbaik kali ini. Peserta lelaki terbaik disandang oleh Mohamad Syamil Sumardi dan Salsabila Mazlam (Perserta Perempuan Terbaik).

Berikut sorotan lensa Blogger 2 yang membuat liputan :

HARI PERTAMA :









'Jungle Tracking'


Kuliah selepas Solat Subuh Berjemaah








Pasukan Pengakap Kanak-kanak

Pasukan Pengakap Kanak-kanak (PPKI)

TKRS

PPIM

Monday, 7 April 2014

MESYUARAT PENGURUSAN AKADEMIK DAN DIALOG PRESTASI UPSR BAGI KLUSTER I PKG MARANG 2014


 

SK Medan Jaya : 8 April 2014: Mesyuarat Pengurusan Akademik dan Dialog Prestasi UPSR telah diadakan di Bilik Mesyuarat SKMJ. Majlis di Pengerusikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Marang iaitu  Tuan Hj Kassim bin Husin. Hadir sama Penolong PPD, Tuan Hj Mohamad Nawawi bin Rani. Ahli-ahli mesyuarat terdiri daripada Guru Besar SK Medan Jaya, Guru Besar SK Rusila, Guru Besar SK Ru Rendang, Guru Besar SK Bukit Gasing dan Guru Besar SK Seberang Marang. SK Medan Jaya dipilih menjadi tuan rumah kepada mesyuarat ini berikutan prestasi cemerlang Terbaik Daerah Marang didalam Peperiksaan OTI 1 yang lalu. Tahniah diucapkan kepada SK Medan Jaya.

Mesyuarat di pengerusikan oleh Tuan PPD

Antara Guru Besar yang hadir
PK Pentadbiran - Encik Ahmad Bustaman sebagai wakil tuan rumah

MEMBURU UPSR TERBAIK MARANG!!


Wednesday, 2 April 2014

KARNIVAL BAHASA INGGERIS SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON 2B DAERAH MARANG 2014


Medan Jaya: 2 April 2014: SK Medan Jaya menjadi tuan rumah bagi Program Karnival Bahasa Inggeris Zon 2B Daerah Marang. Sebanyak 7 buah sekolah rendah Zon 2B iaitu SK Medan Jaya, SK Kubu, SK Pengkalan Berangan, SK Jerung, SK Wakaf Tapai, SJKC Chung Hwa Wakaf Tapai dan SK Rusila mengambil bahagian dalam karnival ini. Antara pertandingan yang diadakan termasuk Action Song, Public Speaking, Story Telling dan juga Poem Recitation.

PENDAFTARAN: DEWAN SAKINAH


  
TAKLIMAT HAKIM: BILIK SARANA


ACTION SONG: DEWAN SAKINAH









POEM RECITATION: BILIK KESIHATAN




PUBLIC SPEAKING: BILIK MUZIK






STORY TELLING: PUSAT SUMBER







MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH : DEWAN SAKINAH

Majlis penyampaian hadiah diadakan seusai kesemua pertandingan dijalankan. Antara yang hadir ialah Guru Besar SK Medan Jaya, Pn Hajjah Limah bt Mohd dan Guru Besar SK Rusila, Encik Zakaria bin Omar.










KEPUTUSAN PERTANDINGAN

ACTION SONG         :  SK RUSILA  

PUBLIC SPEAKING : SK WAKAF TAPAI
                                      SJKC CHUNG HWA WAKAF TAPAI

STORY TELLING     : SK RUSILA
                                      SJKC CHUNG HWA WAKAF TAPAI

POEM RECITATION: SK RUSILA
                                     SK WAKAF TAPAI 

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan setinggi-tinggi ucapan Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Karnival Bahasa Inggeris Sekolah-sekolah Rendah Zon 2B Daerah Marang Tahun 2014.
                           
 arm.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...