Monday, 19 August 2013

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SK MEDAN JAYA

SK Medan Jaya : 19 Ogos 2013: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat SK Medan Jaya di sambut meriah pada hari ini. Majlis yang diadakan di kantin sekolah itu melibatkan semua warga sekolah termasuk  ibubapa/penjaga. Majlis bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 tengah hari.

Kaunter Pendaftaran ibubapa dan penjaga.

Majlis bermula dengan aluan Pengacara Majlis, Pn Ainon Mardiah bt Israh seterusnya ucapan daripada Pn Rugayah bt Abu Bakar (PK HEM) mewakili guru besar dan ucapan YDP PIBG SK Medan Jaya, YM Engku Hamzah b Engku Jalil.

Pn Ainon Mardiah
Pn Rugayah bt Abu Bakar
YM Engku Hamzah b Engku Jalil
Seusai ucapan daripada YDP, tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh semua iaitu acara makan-makan dengan menikmati juadah Nasi putih dan gulai kawah, aneka kuih dan biskut raya. 

ACARA MAKAN-MAKAN









Blogger Team II berselera menikmati hidangan
Sambil menikmati juadah yang disediakan, Majlis diteruskan dengan acara penyampaian duit raya kepada semua murid-murid SK Medan Jaya bermula dari PRA Sekolah, Murid Pendidikan Khas dan Murid Tahun 1 - 6. Acara ini disempurnakan oleh YDP PIBG, YM Engku Hamzah bin Engku Jalil.






Kemeriahan Syawal terasa dengan Majlis Sambutan Hari Raya ini. Semua Guru, Kakitangan, Guru-guru KAFA, Murid-murid serta jemputan Ibubapa/Penjaga  masing-masing ceria dan gembira. Semoga ikatan diantara warga SK Medan Jaya dan Ibubapa/Penjaga sentiasa kukuh dan erat demi kecemerlangan murid-murid SKMJ bukan sahaja di dalam pelajaran tetapi di dalam kehidupan masing-masing.

ALBUM GAMBAR SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2013



Wakil PPD Marang turut hadir memeriahkan majlis





 

GALERI GAMBAR HARI RAYA 2013
























SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
 MAAF ZAHIR BATIN 

 BLOGGER TEAM SKMJ

Sunday, 4 August 2013

MAJLIS KHATAM AL-QURAN IHYA RAMADHAN 2013 DI SAMBUT MERIAH

SK Medan Jaya: 1 Ogos 2013: Majlis Khatam Al-Quran Sempena Ramadhan SKMJ telah berjaya diadakan pada minggu lalu bertempat di Dewan Sakinah, SK Medan Jaya. Majlis bermula pada jam 9.00 Pagi itu di mulakan dengan Aluan daripada Pengacara Majlis, Ustaz Azarul Razamin b Mat Said.


PK 1 dan PK KOKO bersama Tetamu Jemputan


Majlis di teruskan dengan Aktiviti Gema Wahyu yang di sampaikan oleh Adik Nur Syakirah bt Mohd Hayat dan Fatin Ayunie bt Rozi.


Agenda seterusnya ucapan Perasmian oleh Encik Ahmad Bustaman b Rais, PK Pentadbiran SKMJ dan diikuti dengan Ceramah Khas Ramadhan oleh Ust Wan Rosli bin Mamat, Pegawai Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah Marang.

Ucapan Perasmian Majlis
Ceramah Khas Ramadhan oleh Ust Wan Rosli bin Mamat
MAJLIS KHATAM AL-QURAN BERMULA












PENYAMPAIAN SIJIL KHATAM AL-QURAN KEPADA MURID TAHUN 6















PEMENANG KUIZ IHYA RAMADHAN TAHAP II

Seterusnya Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Kuiz Ihya Ramadhan bagi Tahap II. Tahniah kepada semua pemenang.



WARNA-WARNI MAJLIS KHATAM AL-QURAN RAMADHAN 2013












Penutup Majlis, Penyampaian Cenderahati Kenangan kepada Ust Wan Rosli bin Mamat, Pegawai Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah Marang.Pihak Sekolah mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada Al-Fadhil Ustaz di atas kesudian beliau memeriahkan Majlis Khatam Al-Quran ini.



 BERGAMBAR KENANGAN DENGAN PESERTA KHATAM AL-QURAN RAMADHAN 2013


PIHAK SEKOLAH MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA SK MEDAN JAYA YANG TERLIBAT MENJAYAKAN PROGRAM INI. SEMOGA AMALAN KITA DI TERIMA OLEH ALLAH SWT HENDAKNYA, AMEEN.


BT1

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...