Monday, 8 July 2013

GOTONG-ROYONG PROGRAM 3K BERSAMA PIBG DAN AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (AADK)


Medan Jaya: Pada hari ini telah diadakan satu Program Gotong-Royong Program 3K bersama Persatuan Ibubapa dan Guru SK Medan Jaya (PIBG) serta beberapa orang Pegawai dan Petugas Agensi Anti Dadah Kebangsaan Cawangan Negeri Terengganu. Aktiviti yang bermula pada pukul 9.00 pagi - 12.00 tengah hari itu juga melibatkan beberapa orang guru-guru SKMJ.

Pn Guru Besar dan PK HEM bergambar bersama Kumpulan Pegawai dan Kakitangan AADK dan PIBG
Taklimat Aktiviti oleh Pn Rugayah bt Abu Bakar PK HEM SKMJ


SEKITAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG


Encik Mohd Rosli bin Mamat turut serta dalam aktiviti ini








Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Aktiviti Gotong Royong ini.

Thursday, 4 July 2013

KEM TUTORIAL UPSR MARANG 2013 (ZON 3)

Peserta Kem Tutorial SK Medan Jaya bergambar
Kenangan bersama JK Kecemerlangan UPSR SKMJ.


MEDAN JAYA : SK Medan Jaya dipilih menjadi tuan rumah Kem Tutorial UPSR 2013 peringkat Zon 3 Daerah Marang, bermula Khamis 4 Julai hingga Sabtu 6 Julai 2013. Kem ini bertujuan membimbing murid Tahun 6 menguasai kemahiran topik dalam sukatan peperiksaan UPSR.




Sebanyak 5 buah sekolah rendah dalam zon 3 terlibat iaitu SK Medan Jaya, SK Rusila, SK Ru Rendang, SK Marang dan SK Gong Nangka yang terdiri daripada 78 peserta.

Kem tutorial berkenaan dijalankan serentak di daerah Marang dalam peringkat zon dan ia melibatkan 29 sekolah rendah. 

Semoga berjaya dalam UPSR 2013.

KEM BESTARI SOLAT SIRI 2/2013

SK Medan Jaya: 5/7/2013: Panitia Agama Islam melalui Program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-QAF) Telah berjaya mengadakan Kem Bestari Solat  Siri 2/2013 bertempat di SK Medan Jaya. KBS ini merupakan Siri kedua daripada Empat Siri Kem sepertimana di arahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. KBS kali ini telah melibatkan semua Murid-murid Tahun 1 hingga 6 dan semua guru-guru SK Medan Jaya bermula Jam 1.30 Tengah hari -5.00 Petang.  


1.56 P.M. MURID-MURID BERKUMPUL DI KANTIN SEKOLAH UNTUK MAKAN TENGAH HARI.








2.15 P.M - MURID BERKUMPUL DI DEWAN SAKINAH UNTUK  SESSI TAKLIMAT OLEH EN MUSTAPHA BIN YUSOF (JK DISIPLIN)







2.25 P.M - SESSI PENDAFTARAN FASILITATOR DAN PESERTA KEM OLEH PN SURATI BT IBRAHIM (JK PENDAFTARAN)



SESSI LDK KEM BESTARI SEKOLAH SIRI 2/2013

















4.30 P.M - MURID BERSIAP SEDIA UNTUK SOLAT ASAR BERJEMAAH SEBELUM BERSURAI





Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada semua warga SK Medan Jaya terutama Pengurusan, Guru-guru dan Kakitangan, Guru-guru KAFA serta semua yang terlibat secara langsung dalam menjayakan Kem Bestari Solat Siri 2/2013 ini. Semoga Amalan kita semua diberkati Allah SWT dan mendapat keberkatan disisi Nya. Amin.


Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...