Thursday 4 July 2013

KEM TUTORIAL UPSR MARANG 2013 (ZON 3)

Peserta Kem Tutorial SK Medan Jaya bergambar
Kenangan bersama JK Kecemerlangan UPSR SKMJ.


MEDAN JAYA : SK Medan Jaya dipilih menjadi tuan rumah Kem Tutorial UPSR 2013 peringkat Zon 3 Daerah Marang, bermula Khamis 4 Julai hingga Sabtu 6 Julai 2013. Kem ini bertujuan membimbing murid Tahun 6 menguasai kemahiran topik dalam sukatan peperiksaan UPSR.




Sebanyak 5 buah sekolah rendah dalam zon 3 terlibat iaitu SK Medan Jaya, SK Rusila, SK Ru Rendang, SK Marang dan SK Gong Nangka yang terdiri daripada 78 peserta.

Kem tutorial berkenaan dijalankan serentak di daerah Marang dalam peringkat zon dan ia melibatkan 29 sekolah rendah. 

Semoga berjaya dalam UPSR 2013.

No comments:

Post a Comment

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...