Thursday, 13 June 2013

TAHNIAH!! SK MEDAN JAYA TERUS GEMILANG



SMKA Durian Guling, Marang: Pada 13 Jun 2013 iaitu pada hari Khamis lalu telah di adakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Marang 2013. Majlis yang telah diadakan di Dewan Ibnu Khaldun, SMKA Durian Guling itu telah dirasmikan oleh YB Cikgu A Latiff b Awang, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Penyampaian dan Pengurusan Prestasi dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu, merangkap ADUN Pengkalan Berangan.

Bahagian Pentadbir dan beberapa orang Guru  SK Medan Jaya juga tidak ketinggalan memeriahkan sambutan tersebut. Pengacara Majlis sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Marang ini ialah Puan Ainon Mardhiah bt Israh, yang merupakan guru di SK Medan Jaya.

Pengacara Majlis, Puan Ainon Mardhiah bt Israh.
Pada Majlis ini juga Puan Zaharah bt Samad iaitu Guru Penolong Kanan PKIBP telah dipilih oleh SK Medan Jaya sebagai Guru Cemerlang. Pihak Sekolah mengucapkan Tahniah.



Kemuncak kegemilangan SK Medan Jaya diteruskan lagi dengan Anugerah-anugerah Kecemerlangan Sekolah. Pada kali ini SK Medan Jaya telah mengungguli Empat Anugerah Terbaik iaitu:

PENGURUSAN 3K TERBAIK, 

PENGURUSAN BILIK BOSS TERBAIK
 
PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS TERBAIK
 
PENGURUSAN PEJABAT & BILIK GURU TERBAIK.


PK 1 Encik Ahmad Bustaman sebagai Wakil Penerima Anugerah Pengurusan 3K Terbaik.

PK PKIBP Puan Zaharah sebagai Wakil Penerima Anugerah Pengurusan Pendidikan Khas Terbaik.

PK KO Encik Mohd Rosli sebagai Wakil Penerima Anugerah Pengurusan Bilik BOSS Terbaik.

Guru Besar Cemerlang Pn Hjh Limah sebagai Wakil Penerima Anugerah Pengurusan Pejabat dan Bilik Guru Terbaik.

TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SK MEDAN JAYA!!




BT1

Sunday, 9 June 2013

KEBOCORAN PAIP DI SK MEDAN JAYA

SK Medan Jaya: Blogger Team telah meninjau keadaan berlakunya kebocoran paip di SKMJ dan sempat merakam gambar untuk tatapan semua. Kebocoran paip berlaku di kawasan kantin dan hadapan Bangunan Pentadbiran iaitu di Taman Herba SKMJ. Pihak pengurusan sekolah telah mengambil langkah yang sepatutnya iaitu melaporkan masalah ini  kepada Bahagian Pembangunan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu serta Pejabat Pelajaran Daerah Marang untuk tindakan susulan.

Kepada semua murid dinasihatkan agar tidak bermain-main dikawasan ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

KEBOCORAN PADA LONGKANG KANTIN


KEBOCORAN DI TAMAN HERBA

Blogger Team 1




Tuesday, 4 June 2013

PENGHAKIMAN PSS CEMERLANG SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2013

Medan Jaya , Marang : Sempena Sambutan Hari Guru 2013 pada 29 Mei 2013 (Rabu ) jam 9.00 pagi, Pusat Sumber Sekolah SK Medan Jaya sekali lagi terpilih untuk dihakimi sebagai PSS cemerlang sempena Sambutan Hari Guru 2013.

Ucapan setinggi-tingi terima kasih kepada Penolong Pegawai PPD Unit Votek En .Che Rozaid b Salleh dan En Amir b Hamzah (Pegawai Teknologi Pendidikan Bukit Payong)

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...