Thursday 13 June 2013

TAHNIAH!! SK MEDAN JAYA TERUS GEMILANG



SMKA Durian Guling, Marang: Pada 13 Jun 2013 iaitu pada hari Khamis lalu telah di adakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Marang 2013. Majlis yang telah diadakan di Dewan Ibnu Khaldun, SMKA Durian Guling itu telah dirasmikan oleh YB Cikgu A Latiff b Awang, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Penyampaian dan Pengurusan Prestasi dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu, merangkap ADUN Pengkalan Berangan.

Bahagian Pentadbir dan beberapa orang Guru  SK Medan Jaya juga tidak ketinggalan memeriahkan sambutan tersebut. Pengacara Majlis sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Marang ini ialah Puan Ainon Mardhiah bt Israh, yang merupakan guru di SK Medan Jaya.

Pengacara Majlis, Puan Ainon Mardhiah bt Israh.
Pada Majlis ini juga Puan Zaharah bt Samad iaitu Guru Penolong Kanan PKIBP telah dipilih oleh SK Medan Jaya sebagai Guru Cemerlang. Pihak Sekolah mengucapkan Tahniah.



Kemuncak kegemilangan SK Medan Jaya diteruskan lagi dengan Anugerah-anugerah Kecemerlangan Sekolah. Pada kali ini SK Medan Jaya telah mengungguli Empat Anugerah Terbaik iaitu:

PENGURUSAN 3K TERBAIK, 

PENGURUSAN BILIK BOSS TERBAIK
 
PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS TERBAIK
 
PENGURUSAN PEJABAT & BILIK GURU TERBAIK.


PK 1 Encik Ahmad Bustaman sebagai Wakil Penerima Anugerah Pengurusan 3K Terbaik.

PK PKIBP Puan Zaharah sebagai Wakil Penerima Anugerah Pengurusan Pendidikan Khas Terbaik.

PK KO Encik Mohd Rosli sebagai Wakil Penerima Anugerah Pengurusan Bilik BOSS Terbaik.

Guru Besar Cemerlang Pn Hjh Limah sebagai Wakil Penerima Anugerah Pengurusan Pejabat dan Bilik Guru Terbaik.

TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SK MEDAN JAYA!!




BT1

No comments:

Post a Comment

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...