Thursday, 9 July 2015

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SKMJ 2015



PENDAHULUAN

Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Medan Jaya. Program ini disertai oleh murid yang menjadi ahli daripada setiap badan-badan unit beruniform SK Medan Jaya. Ia akan diadakan di SK Medan Jaya pada 14-16 Mei 2015. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap murid. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk  membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

OBJEKTIF

1. Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman dalam menyertai
    program kepimpinan.
2.   Membentuk murid yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
3.   Melatih para murid untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.


4.   Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.
5.   Melahirkan para murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
6.   Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
7.    Melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.



























KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

Bil
Unit Beruniform
Bilangan Peserta
1
Pengakap Kanak-Kanak
19 orang
2
Pengakap Kanak-Kanak PKKI
9 orang
3
Pergerakan Puteri Islam
20 orang
4
Tunas Kadet Remaja Sekolah
20 orang
Jumlah
68 orang

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...