SK Medan Jaya: 13 Mac 2014: Satu perjumpaan antara pihak sekolah dan juga ibubapa murid-murid Prasekolah Gemilang telah diadakan pada pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat SKMJ. Antara tujuan dan objektif program ini ialah:
- Pembentangan Aktiviti Pemuafakatan Ibubapa
- Pelantikan AJK Pewaris
- Tandatangan Buku Laporan/Portfolio Murid Prasekolah
Diharapkan dengan adanya program seperti ini, akan lebih mengeratkan hubungan diantara ibubapa dan guru-guru SK Medan Jaya dalam sama-sama menggembleng tenaga demi kecemerlangan anak-anak kita di Prasekolah SK Medan Jaya. Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis berlangsung:
|
Pengacara Majlis, Ustz Azarul Razamin b Mat Said |
|
Ucapan Guru Besar, Pn Hjh Limah bt Mohd |
|
Taklimat oleh Guru Prasekolah, Cik Azlina bt Abu Bakar |
|
|
|
Ibubapa menandatangani Portfolio murid |
|
JK Pewaris Prasekolah 2014 yang dilantik |
JAMUAN MAKAN SEBAGAI PENAMAT MAJLIS
Pihak sekolah merakamkan ucapan Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Taklimat Prasekolah Gemilang ini terutama kepada JK Prasekolah SK Medan Jaya, Ibubapa serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
SEMOGA PRASEKOLAH SK MEDAN JAYA TERUS GEMILANG!!
No comments:
Post a Comment