KUALA BERANG (2 Feb. 2013) : Kerajaan Negeri telah membuat pengumuman sejumlah RM400 juta diperuntukkan untuk menghubungkan jajaran Kg.Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kuala Jeneris, Hulu Terengganu. Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said berkata demikian ketika menghadiri sambutan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Hulu Terengganu, Khamis 31 Januari lepas.
Laluan sejauh 24 kilometer itu akan menghubungkan Susur Keluar (Exit) Plaza Tol Telemong di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dengan persimpangan tiga di Kg. Kuala Jeneris (di Jalan Utama K.Berang-Sg.Tong) yang merupakan permulaan Lebuhraya Timur Barat (LTB 2). LTB 2 dibina untuk menghubungkan laluan Pengkalan Gawi Kenyir (Hulu Terengganu) - Bandar Gua Musang dan Lojing (Kelantan) - Cameron Highland (Pahang) seterusnya ke Simpang Pulai / Ipoh Selatan (Perak). Sebelum ini, kerajaan membangunkan LTB 1 untuk menghubungkan Jeli, Kelantan dan Gerik, Perak.
Pengguna jalan raya dari Kuala Terengganu Utara (kawasan sekitar Tepoh/Wakaf Tengah/Batu Rakit/Gong Badak) yang berhasrat ke Pengkalan Gawi, Kenyir/LTB 2 dapat meneruskan perjalanan tanpa melalui Sg. Tong, Setiu. Begitu juga pengguna jalan raya dari Kuala Terengganu Selatan (Wakaf Mempelam/Batu Buruk/Kuala Ibai/Chendering) dan Marang (Pekan Bukit Payong/Bandar Marang/Wakaf Tapai) dapat melalui Bukit Payong 'Spur Road'-Telemong-Kuala Jeneris tanpa menggunakan laluan Ajil-Kuala Berang-Kuala Ping.
Laluan baru ini juga akan menjadi laluan utama untuk memasuki ke Kompleks Jualan Bebas Cukai di Tasik Kenyir, Pengkalan Gawi yang sekaligus memberi impak besar kepada masyarakat sekeliling.

Tahniah dan syabas diucapkan atas perancangan pembangunan.
Jajaran LPT 2 (Gemuroh-Telemong) menghubungi Lebuhraya Timur Barat 2 menerusi kerja-kerja pembinaan di bawah Pakej 8 (sila rujuk gambar di atas). |
Berita berkaitan :
arms/berita...
No comments:
Post a Comment