Rombongan Ke Karnial Buku Terengganu 2013 dari SK Medan Jaya turut diberi peluang memeriahkan Majlis Pelepasan Pelumba Basikal LTDL 2013 bersebelahan Terengganu Trade Centre. |
Thursday, 28 February 2013
Le Tour de Langkawi (LTDL) 2013 : K.T'ganu - Tanah Merah, Kelantan
Monday, 25 February 2013
Kerja Lebih Masa Tidak Bermakna Berkualiti
Oleh RAHIMY RAHIM
PETALING JAYA: Bekerja dalam jangka masa yang panjang tidak semestinya akan meningkatkan produktiviti.
"Malah pekerja yang memilih untuk terus berada di pejabat dan membuat tuntutan kerja lebih masa menunjukkan mereka tidak boleh menguruskan masa dengan berkesan," kata Persekutuan Majikan Malaysia.
Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan berkata: "Waktu bekerja yang panjang tidak menjadikan anda seorang pekerja yang baik. Ia juga tidak bermakna bahawa anda boleh menjadi lebih produktif dan melaksanakan kerja yang berkualiti. Anda seharusnya mengamalkan kehidupan yang sihat dan seimbang."
Selain itu beliau percaya bahawa sesetengah pekerja akan terus berada di pejabat kerana rakan sekerja mereka berbuat demikian.
"Mereka tidak mahu dilihat serong kerana rakan mereka masih bekerja," katanya.
Menurut Shamsuddin, bekerja lebih masa boleh menambah kepada kos operasi apabila majikan perlu membayar lebih untuk elektrik selain bayaran lebih masa.
Bagi menggalakkan keseimbangan antara kehidupan dan kerja di kalangan kakitangan, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd melaksanakan sistem waktu bekerja fleksibel dan membolehkan beberapa pekerja untuk bekerja dari rumah dengan menggunakan Internet dan telefon pintar dan gajet lain.
Malah bank berkenaan turut mempunyai hari tertentu dalam seminggu apabila pekerja digalakkan untuk pulang awal, kata wakilnya, Irene Tan.
Beliau menambah bahawa rakyat Malaysia secara amnya adalah rajin bekerja.
"Adalah keutamaan agar kakitangan kami mempunyai keseimbangan kerja dan kehidupan yang sihat. Sistem kerja yang fleksibel kami membolehkan ramai daripada mereka untuk memenuhi tanggungjawab peribadi mereka dan pada masa yang sama melaksanakan kerja dengan berkualiti," katanya.
© 1995-2013 Star Publications (Malaysia) Bhd (Co No 10894-D)
KELESTARIAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
MARANG (25 Feb. 2013) :
Untuk lebih lanjut, sila klik Link berikut :
Unit Sekolah Rendah JPNT/Kelestarian Sekolah Berprestasi Tinggi
arms/...
" Pendidikan bukan sekadar pengajaran dan pembelajaran tetapi cabaran lebih besar kepada pimpinan sekolah dan guru ialah membina kemahiran berfikir, membina kemahiran kepimpinan dan juga kemahiran soft skill kepada murid-murid "
Demikian antara inti pati ucap utama Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu sempena Taklimat dan Bengkel Kelestarian Sekolah Berprestasi Tinggi Terengganu pagi ini.
Majlis berkenaan telah diadakan di Dewan Besar, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu dengan melibatkan 149 orang pengurus sekolah rendah dan 17 orang pengurus sekolah menengah dari Sekolah Band 2. Turut hadir ialah wakil-wakil Sektor di Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Antara lain tujuan taklimat dan bengkel ini ialah;-
- memberi pendedahan kepada pengurus sekolah Band 2 tentang kedudukan mereka dan hala tuju seterusnya
- memberi pendedahan tentang konsep dan ciri sekolah SBT
- memandu pengurus sekolah Band 2 ke arah SBT melalui kekuatan sedia ada dan plan strategik yang perlu dibina
- menyedarkan pengurus sekolah Band 2 tentang potensi yang ada untuk meraih anugerah SBT
Untuk lebih lanjut, sila klik Link berikut :
Unit Sekolah Rendah JPNT/Kelestarian Sekolah Berprestasi Tinggi
arms/...
HUJAN BERTERUSAN SEPANJANG HARI MELANDA TERENGGANU
BUKIT PAYONG, MARANG (25 Feb. 2013) : Keadaan hujan yang berterusan sepanjang hari ini menyaksikan beberapa jalan raya utama di daerah ini dinaiki air.
Jalan Kuala Berang dari Bukit Payong-Batu 10, Binjai Rendah dinaiki air. Hal ini memaksa semua pengguna kenderaan ringan menggunakan laluan lencongan yang dikawal oleh pihak berkuasa ketika memantau kejadian banjir kilat.
Laluan Bukit Kor, Marang ke Kg. Undang turut dinaiki air. Walau bagaimanapun pengguna jalan raya diminta berwaspada ketika meredah di kawasan terlibat.
Terengganu masih lagi berada dalam musim tengkujuh/monsun timur laut dan ia dijangka berakhir pada penghujung Mac depan apabila masuknya monsun barat daya.
Untuk perkembangan cuaca, sila layari Laman Jabatan Meteorologi Malaysia di link ini :
http://www.met.gov.my/index.php?lang=malay
"BERHATI-HATI DI JALAN RAYA"
"ELAKKAN TRAGEDI KETIKA MEMANDU"
UJIAN KECERDASAN/ IQ TEST (PERMATA PINTAR - UKM 1))
Assalamualaikum
Perhatian kepada semua warga sekolah dari Tahun 2 hingga Tahun 6.
Anda adalah dijemput untuk mengambil ujian tersebut. Guru-guru yang mengajar di kelas berkenaan dimohon membantu dan menggalakkan penyertaan murid.
Sila klik pautan di bawah :
UJIAN PERMATA PINTAR (UKM 1)
(DIBUKA SEHINGGA 31 MEI 2013)
Terima kasih di atas perhatian anda semua.
BLOGGER TEAM
SK MEDAN JAYA 2013.
Perhatian kepada semua warga sekolah dari Tahun 2 hingga Tahun 6.
Anda adalah dijemput untuk mengambil ujian tersebut. Guru-guru yang mengajar di kelas berkenaan dimohon membantu dan menggalakkan penyertaan murid.
Sila klik pautan di bawah :
UJIAN PERMATA PINTAR (UKM 1)
(DIBUKA SEHINGGA 31 MEI 2013)
Terima kasih di atas perhatian anda semua.
BLOGGER TEAM
SK MEDAN JAYA 2013.
Saturday, 23 February 2013
PEMANTAUAN PROGRAM LINUS
Medan Jaya, Marang (24 Feb. 2013) : SK Medan Jaya dikunjungi dua pegawai pemantau Program LINUS hari ini.
Mereka ialah En. Alias bin Daud dan En. Mohd Halim bin Yatim dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Marang.
Blogger Team mengucapkan Selamat Menjalankan Pemantauan.
"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"
arms/berita...
Perasmian Blog SK Medan Jaya - skmedanjaya.blogspot.com
SELAMAT DATANG KE :
Medan Jaya, Marang (24 Feb. 2013) : Laman Blog SK Medan Jaya telah dilancarkan secara rasmi pada hari ini. Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Marang, En. El Gamillo Habibun Tan.
Link http://skmedanjaya.blogspot.com telah diklik secara bersama Pn. Hjh. Limah Mohd, Guru Besar SK Medan Jaya pada skrin menandakan bermulanya pelancaran rasmi blog.
Blogger Team mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu perasmi di atas kesudian menawarkan pakej bantu untuk meningkatkan lagi akses penggunaan blog sekolah. Pihak sekolah akan memanfaatkan hubungan baik Blogger Team dan PKG Marang dalam membudayakan teknologi pendidikan di kalangan warga sekolah.
Sekitar Perasmian Blog skmedanjaya.blogspot.com |
Friday, 22 February 2013
PERKHEMAHAN PBB DAERAH MARANG 2013
Perkhemahan Pasukan Pengakap dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) di Tapak Perkhemahan SK Gondang, Binjai Rendah. |
MARANG (23 Feb. 2013) : SK Medan Jaya telah menyertai Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform (PBB) Daerah Marang, bermula Khamis lepas dan berakhir hari ini.
Perkhemahan tiga hari tersebut bertempat di SK Gondang, Binjai Rendah (Puteri Islam dan Pengakap) dan di SK Batangan (Tunas Kadet Remaja Sekolah) Seberang Marang.
Blogger Team sempat meninjau penyertaan pasukan SK Medan Jaya pada perkhemahan tersebut.
SEKITAR PERKHEMAHAN PENGAKAP DAN PUTERI ISLAM
DI SK GONDANG, BINJAI RENDAH.
Peserta Lelaki SK Medan Jaya dengan khemahnya. |
Bergambar kenangan bersama salah seorang guru SK Medan Jaya yang bertugas sebagai Fasilitator Perkhemahan. |
Sesi memanaskan badan sebelum 'jungle tracking' |
Khemah peserta SK Medan Jaya |
Lokasi Tapak Perkhemahan di SK Gondang. |
SEKITAR PERKHEMAHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKSR)
DI SK BATANGAN, SEBERANG MARANG.
Tuan Rumah Perkhemahan PBB TKRS Daerah Marang |
Peserta TKRS SK Medan Jaya (dua dari kiri) bersiap-sedia untuk menyertai aktiviti sempena perkhemahan. |
Peserta diberi bimbingan Kawad |
Latihan Kawad TKRS |
Lokasi Tapak Perkhemahan di SK Batangan. |
Khemah TKRS SK Medan Jaya |
Sukaneka Perkhemahan |
Solat Jumaat di Masjid Kg. Batangan. |
Wednesday, 20 February 2013
BOLA TAMPAR DAERAH 2013 : SK MEDAN JAYA TERBAIK KE-3
MEDAN JAYA, MARANG (21 Feb. 2013) : SK Medan Jaya muncul pemenang Tempat Ke-3 Daerah selepas berjaya mara ke Separuh Akhir Kejohanan Bola Tampar Sekolah Rendah (Perempuan Bawah 12 Tahun) Daerah Marang yang berlangsung di SK Rusila, semalam.
Tuesday, 19 February 2013
PEMANTAUAN PROGRAM GURU PENYAYANG
Pemantauan Program Guru Penyayang. |
Medan Jaya, Marang (Rabu, 20 Feb. 2013) : Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu sedang menjalankan pemantauan pelaksanaan Program Guru Penyayang di sekolah-sekolah negeri ini. SK Medan Jaya pada hari ini dikunjungi pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Dungun yang bertindak sebagai pemantau program berkenaan.
MESYUARAT AGUNG PPIM DAERAH MARANG 2013
Abd. Latif Awang (Pen. Pengarah APMT) ketika perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-15 PPIM Perhubungan Daerah Marang. |
MEDAN JAYA, MARANG (Rabu, 20 Feb. 2013) : Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Perhubungan Daerah Marang berjaya melangsungkan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-15, semalam di Dewan Sakinah, SK Medan Jaya.
Perasmian mesyuarat yang menghimpunkan semua guru penasihat PPIM sekolah-sekolah daerah Marang disempurnakan oleh Y.Bhg. En. Abd. Latif Awang, Penolong Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) Kerajaan Negeri Terengganu.
Sunday, 17 February 2013
KEMPEN CARA HIDUP SIHAT DI SK MEDAN JAYA KINI BERMULA...
"UTAMAKAN KEBERSIHAN" PPKP Azhani Abidin dari PKD Marang menerangkan Langkah-langkah Membasuh Tangan Yang Betul. |
Medan Jaya, Marang (16 Feb.2013) : JK Induk Program Promosi Kesihatan, SK Medan Jaya telah menganjurkan Kempen Cara Hidup Sihat peringkat sekolah.
Program dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Marang bertujuan mempromosi gaya hidup sihat di kalangan warga sekolah. Antaranya amalan pemakanan yang bersih dan sihat.
BERSAMA MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT Barisan murid pemenang kuiz promosi kesihatan bergambar kenangan bersama Pegawai PKD Marang, Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan. |
Penyelaras Program, Pn. Zatil Armah Mustapha mempengerusikan majlis. |
Murid Tahun 6 berjaya menjawab soalan kuiz dan diberi hadiah khas daripada penceramah PKD Marang. |
Guru Besar, Pn.Hjh. Limah Mohd (kanan) turut mengikuti ceramah promosi kesihatan. |
Ceramah promosi kesihatan. |
Antara murid Tahun 6 membuat catatan nota isi ceramah. |
Murid Perempuan Tahun 6, Syazwana Wan Suzaini mengambil bahagian dalam kuiz spontan promosi kesihatan. |
Guru-guru sekolah memberi perhatian ketika ceramah disampaikan. |
"beri tumpuan" Mungkin ada sesuatu yang menarik perhatian murid. |
TAHNIAH KERANA BERANI MENCUBA... Murid Tahap 1 ingin cuba menjawab soalan kuiz. |
Bahan edaran promosi kesihatan. |
Guru bertugas di kaunter promosi kesihatan. |
1MALAYSIA BERSIH DAN SIHAT Warga sekolah memberi perhatian kepada ceramah promosi kesihatan. |
"TERIMA KASIH" Penyampaian Cenderahati kepada Pegawai PKD Marang oleh Guru Besar, Pn. Hjh. Limah Mohd. |
"KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN"
"BERSIH ITU INDAH"
"BERSIH ITU INDAH"
arms/berita...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...
-
Medan Jaya (26 Jun 2014) : Panatia Pendidikan Islam dan Panatia Bahasa Arab dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah (PSS) menganjurkan...
-
Date: 7th April 2015 / Time: 8.00 A.M - 3.00 P.M / Venue: SK Medan Jaya Marang Zon C Schools: SK Marang/SK Gong Nangka/ SK Rhu R...
-
SK Medan Jaya: 13 Mac 2014: Satu perjumpaan antara pihak sekolah dan juga ibubapa murid-murid Prasekolah Gemilang telah diadakan pada pagi i...