4 Februari 2018 ( Ahad) Sekitar Watikah Pelantikan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber SK Medan Jaya...Tahniah kepada murid-murid yang terlibat.
Wednesday, 7 February 2018
Wednesday, 31 January 2018
MAJLIS TEMU MESRA GURU GURU DAN IBU BAPA CALON UPSR 2018
1 Februari 2108 (Khamis) Majlis Temu mesra telah diadakan bagi murid tahun 6. Pendaftaran ibu bapa telah bermula seawal jam 11:00 pagi. Sambutan yang diterima adalah menggalakkan seperti tahun - tahun sebelumnya.
Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengagihkan jadual kelas tambahan dan memberi penerangan berkenaan dengan program UPSR yang akan diadakan sepanjang tahun 2018. Selain itu majlis ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara guru dan ibubapa,penjaga tahun 6. Program ini diharap dapat meningkatkan potensi murid dan dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan diri dan sekolah. Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab diantara guru dan para ibubapa, penjaga.
Tuesday, 30 January 2018
Tuesday, 23 January 2018
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2018
PERINGKAT SK MEDAN JAYA
23 Januari 2018 (Selasa) - Majlis Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah telah diadakan sebagai pembuka tirai dalam usaha untuk meningkatkan minat membaca dikalangan murid dan program galakkan membaca yang dilaksanakan di SK Medan Jaya. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Guru Besar, Pn Khalijah bt Omar dan beliau menyempurnakan gimik pelancaran dengan memotong reben pada bunting sebagai simbolik permulaan pelaksanaan program NILAM bagi tahun 2018
Tuesday, 2 January 2018
Hari Pendaftaran sesi 2018
30 Disember 2017 ( Sabtu ) : SK Medan Jaya mengadakan hari pendaftaran murid untuk kemasukan sesi 2017 nanti bermula dari Pra Sekolah, Kelas PPKI dan Tahun 1 hingga Tahun 6. Selepas selesai urusan pendaftran di kelas masing masing, ibu bapa dan murid boleh mendapatkan barang keperluan sekolah di Kedai Sekolah. Alhamdulillah secara keseluruhan hari pendaftran dapat berjalan dengan baik, terima kasih semua warga guru yang memberi kerjasama pada hari ini....SYABAS..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...
-
Majlis Tadarus al-Quran sempena Ramadhan 2016 Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadhan ini, pihak panitia Pendidikan Islam berjaya me...
-
Medan Jaya (26 Jun 2014) : Panatia Pendidikan Islam dan Panatia Bahasa Arab dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah (PSS) menganjurkan...
-
Majlis Berbuka Puasa Bersama Murid Tahun 6 2016 23 Jun 2016 ( Khamis ) : Majlis Berbuka Puasa bersama AJK PIBG dan Murid-Murid Tahun 6 ca...














































