Sunday, 26 March 2017

TAHNIAH DAN SYABAS.............


Sekalung tahniah dan syabas kepada Muhammad Izham Syahmi bin Suhazry yang berjaya mendapat pingat gangsa acara Lompat Jauh L12 di Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Marang 2017..


Pelan Strategik 2017 - 2021


11 Mac 2017 ( Sabtu ): Perbincangan Pelan Strategik 2017 - 2021 SK Medan Jaya. Tahniah dan Terima Kasih kepada semua guru...anda memang hebat dan terbaik..







Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)

8 Mac 2017 (Rabu)


Tekun dan bersemangatnya guru-guru SK Medan Jaya mengikuti LADAP - membina site dalam VLE FROG . Semuga bermanfaat untuk pembelajaran abad 21 demi kejayaan anak-anak warga SKMJ...terima kasih cikgu dan tahniah....









Thursday, 23 February 2017


MAJLIS TRANSFORMASI UPSR BERSAMA IBU BAPA CALON UPSR 2017

23 Februari 2017 (Khamis) Majlis Temu Murni telah diadakan bagi murid tahun 6. Pendaftaran ibu bapa telah bermula seawal jam 7:30 pagi. Sambutan yang diterima adalah menggalakkan seperti tahun - tahun sebelumnya.

      Majlis di mulakan dengan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana yang di adakan di dataran SK Medan Jaya.  Program ini diadakan adalah bertujuan untuk  mengagihkan jadual kelas tambahan dan memberi penerangan berkenaan dengan program UPSR yang akan diadakan sepanjang tahun 2017. Selain itu majlis ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara guru dan ibubapa,penjaga tahun 6. Program ini diharap dapat meningkatkan potensi murid dan dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan diri dan sekolah.  Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab diantara guru dan para ibubapa, penjaga.


       Komitmen yang diberikan oleh ibu bapa amatlah dihargai. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri program temu murni ini. Semoga para murid SK Medan jaya akan terus berjaya dan mengorak langkah mencipta kejayaan.










Sunday, 19 February 2017


Syabas dan Tahniah!!!!!

Tahniah buat anak-anak pelajar yang telah berjaya mendapat. 5A, 6A ,7A dan 8A dalam Ujian Pencapaian Kelas KAFA ( UPKK )2016.









Mesyuarat  Agung PIBG SK Medan Jaya kali ke 12 2017
dan
Penyampaian Wang Bantuan RM100 persekolahan

Sabtu: 18 Februari 2017 :  Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Medan Jaya telah berjaya diadakan pada hari ini. Majlis Perasmian telah disempurnakan Yang Berbahagia Dato’ Hj Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Penyelaras, Dun Rhu Rendang . Majlis berjalan dengan baik mengikut agenda yang telah dirancang. Turut hadir pada majlis ini ialah Pegawai Pendidikan Daerah Marang, En Mohd Adnan bin Salleh dan Pegawai Perhubungan Sekolah IPD Marang, Sarjan Mohd Sabri bin Abdullah

Dalam ucapan perasmian, Dato’ Hj Nik Dir menegaskan bahawa pendidikan sangat penting di dalam kehidupan dan beliau berharap agar PIBG SK Medan Jaya terus cemerlang dalam memantapkan pengurusan sekolah dan dalam mewujudkan kesepakatan dan keharmonian dengan ibubapa dan masyarakat.



Mesyuarat Agung kali ke-12 ini juga telah berjalan dengan baik dan pada tahun ini menyaksikan sedikit perubahan Jawatankuasa PIBG di kalangan ibubapa., manakala Jawatankuasa guru pula akan dilantik oleh pihak pentadbiran sekolah.



















Sunday, 12 February 2017

Program Motivasi Murid Tahun 5 dan 6

Program Motivasi untuk pelajar tahun 5 & 6 pada 12 Feb 2017. Alhamdulillah.... segalanya berjalan lancar. Terima kasih kpd Guru Besar SK Gong Nangka , En Sukni Hisham b. Umar yang bertindak sebagai Motivator.






Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...