Saturday, 15 February 2014

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM

SK Medan Jaya: 16 Februari 2014: Majlis perasmian Program Nilam telah dilancarkan oleh Tuan Guru Besar, Pn Hjh Limah bt Mohd pada pagi ini. Majlis telah dipengerusikan oleh Guru Media dan Pusat Sumber Sekolah, Pn Noreha bt Muda. Majlis yang bertemakan " Membaca Budaya Cemerlang" ini diadakan untuk memupuk sikap dan minat membaca dikalangan semua murid SK Medan Jaya. Berikut merupakan rentetan perjalanan majlis:


Pengacara Majlis, Pn Noreha bt Muda (Guru Pusat Sumber)

Ucapan Perasmian oleh Puan Guru Besar
GIMIK PELANCARAN:








Guru Besar Menandatangani Bunting Pelancaran Program Nilam


 PERSEMBAHAN MURID:

Majlis juga diserikan dengan persembahan murid. Antara persembahan yang telah diadakan ialah Bercerita, Berpantun serta Mendeklamasikan Sajak. Teks yang dibacakan oleh murid yang membuat persembahan ialah di dalam tulisan Rumi dan Jawi.






Kemuncak Majlis ialah Penyampaian Kad Ilmu - Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu. Kad ini boleh digunakan di seluruh perpustakaan awam di Negeri Terengganu.






Tahniah kepada Puan Noreha bt Muda - Guru Media dan Pusat Sumber Sekolah di atas pelancaran Program Nilam SK Medan Jaya 2014 dan Terima Kasih kepada Tuan Guru Besar, Puan Hajjah Limah bt Mohd kerana menyempurnakan Majlis Perasmian. Semoga dengan adanya program ini, akan menanamkan minat semua murid SK Medan Jaya untuk membaca buku.

MEMBACA BUDAYA CEMERLANG

Wednesday, 12 February 2014

TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS KEPADA CIKGU DZULHAIMI BIN MUDA


SK Medan Jaya: 13 Februari 2014: Warga SK Medan Jaya ingin merakamkan ucapan sekalung ucapan Tahniah dan Syabas kepada salah seorang guru kami iaitu Cikgu Dzulhaimi bin Muda (Guru Aliran Program Pendidikan Khas Integrasi). Ini berikutan Cikgu Dzuhaimi atau lebih dikenali dengan Cikgu Dzul, telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan PPKI dan akan menjalankan tugas dan tanggungjawab baru beliau di SK Kedai Buluh, Kuala Terengganu.

Cikgu Zul, 33 tahun, mula bertugas di SK Medan Jaya pada 8 September 2011. Sepanjang beliau berkhidmat di SK Medan Jaya, banyak jasa dan sumbangan telah beliau curahkan untuk kecemerlangan sekolah dan juga murid-murid PPKI. Semestinya semua murid akan merindui Cikgu Dzul. 

GALERI KENANGAN





Kami warga SK Medan Jaya sekali lagi merakamkan ucapan Syabas dan Tahniah kepada Cikgu Dzul dan segala jasa yang telah dicurahkan di dahului dengan ucapan ribuan  Terima Kasih. Kami mendoakan agar beliau terus maju jaya ditempat baru. :-)

Saturday, 8 February 2014

PERKHEMAHAN DAERAH TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH 2014, SK MEDAN JAYA TURUT SERTA!!

SK Pasir Putih: 6 Februari 2014: Perkhemahan Daerah bagi Unit TKRS 2014 telah diadakan di SK Pasir Putih, Marang, Terengganu. SK Medan Jaya juga tidak ketinggalan menghantar peserta iaitu seramai 4 orang dalam Program Perkhemahan Tahunan anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Marang itu. Perkhemahan itu telah diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 6 Februari - 8 Februari 2014.

SKMJ telah menghantar empat orang wakil iaitu:
  • Tengku Muhammad Irfan bin Tengku Roslan (5A)
  • Wan Abu Ubaidah bin Wan Ruslaidi  (5A)
  • Nur Syafiah bt Mohd Hayat (4A)
  • Roghidatul 'Izzah bt Mohd Rani (4A)
Tahniah dan Terima Kasih di ucapkan kepada semua murid dan guru-guru bertugas yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program perkhemahan daerah ini. Semoga jasa dan usaha yang kita jalankan ini mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT, Amin.

GALERI GAMBAR:


Abu Ubaidah dan Tengku Irfan

Roghidatul 'Izzah dan Nur Syafiah
Tapak Perkhemahan di SK Pasir Putih

Pertandingan Gubahan

Pn Wan Zuraida (PK KO SKMJ) turut hadir di tapak perkhemahan, Terima Kasih Cikgu.

Insya Allah, Panjang umur, Tahun depan kita sertai lagi..Terima Kasih dan Syabas kepada semua!!

Monday, 3 February 2014

KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE IV PERINGKAT SK MEDAN JAYA 2014

SK Medan Jaya: 4 Februari 2014: Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah berjaya diadakan pada hari ini. Kejohanan kali ini mensasarkan murid-murid Pra sekolah, Tahun 1-6 dan juga murid PPKI. Objektif Kejohanan Merentas Desa kali ini ialah:
  1. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang sukan.
  2. Memberikan pendedahan dan pengalaman kepada setiap pelajar.
  3. Melahirkan pelajar yang mempunyai semangat kental.
  4. Melaksanakan Tema " Sukan Untuk Negara"
  5. Melahirkan pelajar yang sihat mental dan fizikal.
  6. Mengembangkan potensi murid-murid ke peringkat yang lebih tinggi.
  7. Sukan untuk semua.
TAKLIMAT KEJOHANAN OLEH SETIAUSAHA SUKAN:

Ustaz Mohd Badrul Hisham
SESI MEMANASKAN BADAN DENGAN SENAMROBIK:

Pn Sri Melati sebagai Instructor Senamrobik

Sir Mustapha dan Cikgu Wan pun turut serta
Cikgu Zul dan Cikgu Sem









Senamrobik ke ber "kung fu" Cikgu Sabri?
BERSIAP SEDIA UNTUK PELEPASAN:

PK HEM, Cikgu Solahudin turut bersemangat untuk berlari

PKPA, Cikgu Ahmad Bustaman menyampaikan Taklimat sebelum pelepasan murid
Pn Guru Besar, Pn Hjh Limah turut kelihatan di garisan permulaan
Keselamatan Murid Tanggungjawab Kami

Kategori PRA Sekolah
Kategori Murid PPKI
Kategori Tahap 1
Kategori Tahap 1
Kategori Tahap 2

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR KEJOHANAN :










Ketua Marshal, Cikgu Mohd Hisham

























Ust Azarul - Check Point 1

Cikgu Izzat - Check Point 2

Cikgu Said - Check Point 3

Cikgu Sabri - Check Point 4

Cikgu Noreha - Check Point 5
Kami Hakim Penamat





MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH :

Pn Samsiah - Pengacara Majlis
Murid berdebar menanti keputusan

Johan Tahun 1 Lelaki

Johan Tahun 1Perempuan
Johan Tahun 2  Lelaki

Johan Tahun 2 Perempuan
Johan Tahun 3 Lelaki

Johan Tahun 3 Perempuan
Johan Tahun 4 Lelaki

Johan Tahun 4 Perempuan

Johan Tahun 5 Lelaki

Johan Tahun 5 Perempuan

Johan Tahun 6 Lelaki

Johan Tahun 6 Perempuan
Johan Pra Sekolah Lelaki

Johan Pra Sekolah Perempuan
Johan PPKI Lelaki Tahap 1

Johan PPKI Perempuan Tahap 1
Johan PPKI Lelaki Tahap 2

Johan PPKI Perempuan Tahap 2

Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada semua warga SKMJ diatas kejayaan mengadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah kali ke 4. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua Jawatankuasa kerja kejohanan. Semoga SK Medan Jaya terus Gemilang..


Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...