TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT MENJAYAKAN HARI ANUGERAH CEMERLANG SK MEDAN JAYA 2013
Wednesday, 13 November 2013
Sunday, 10 November 2013
INSENTIF BARU GURU
| Oleh Siti Sofia md Nasir | siti.sofiatbh.com.my 2013/11/10
Cadangan ganti Bayaran Insentif Subjek Pendidikan bagi guru Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris
Kuala Lumpur: Kerajaan menimbang memberikan insentif baru kepada guru mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris berikutan pemansuhan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) mulai 1 Januari tahun depan. Mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 3 Tahun 2003 (SPP KPM 3/2003), yang ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Madinah Mohamad, cadangan insentif baru itu akan dimajukan bagi persetujuan agensi pusat. Pembayaran sehingga akhir tahun “Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang menerima BISP akan terus menerima pembayaran itu sehingga akhir tahun 2013,” katanya dalam pekeliling terbaru kementerian itu. Madinah berkata, kelulusan pembayaran BISP hendaklah dilakukan sebelum tarikh penutupan akaun pada akhir 2013 dan direkodkan dalam buku perkhidmatan pegawai kerajaan. Katanya, tuntutan BISP yang diterima selepas 1 Januari 2014 tidak akan pertimbangkan. Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, jumlah elaun BISP berdasarkan kelayakan dan gred gaji PPP. PPP bukan siswazah menerima 10 peratus daripada gaji bersih, manakala siswazah lima peratus daripada gaji bersih. Dasar PPSMI dimansuhkan mulai 2010 dan digantikan dengan dasar baru iaitu Memartabat Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) melalui keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009. Gesa teruskan elaun BISP Ketika ditanya langkah kementerian itu, Hashim berkata, pembayaran elaun BISP patut diteruskan kerana masih ada guru Tingkatan Enam yang perlu mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. “Sekiranya kerajaan mahu menggantikan BISP kepada insentif lain, kita harap ia lebih baik berbanding yang terdahulu. Bagaimanapun, kita masih berharap pembayaran elaun seumpama BISP diteruskan kepada guru yang terbabit,” katanya, semalam. Kerajaan memperkenalkan BISP di bawah PPSMI mulai 2003 berdasarkan keputusan Kabinet 29 Mei 2002. Layak dipertimbang Bagi menyokong pelaksanaan dasar itu, PPP yang mengajar mata pelajaran Sains atau Matematik dalam Bahasa Inggeris atau mengajar subjek Bahasa Inggeris dan PPP yang menggunakan kelayakan dalam tugas rasmi, layak dipertimbangkan BISP berdasarkan SPP KPM 3/2003. |
Hak Cipta Terpelihara Berita Harian 2012 Emel kami untuk sebarang maklum balas.
MUSIM TENGKUJUH 2013 TELAH BERMULA
MARANG : Terengganu sedang melalui musim tengkujuh bermula 1 November 2013 lepas. Cuaca hujan yang berterusan kadang-kadang menjadi lebat telah menyebabkan kawasan rendah berhadapan dengan kejadian banjir kilat. Baru-baru ini berlakunya kejadian banjir kilat yang melanda taman-taman perumahan yang berhampiran dengan SK Medan Jaya. Antaranya Taman harmoni yang menerima limpahan air daripada anak sungai bersebelahan dengan taman berkenaan.
Berikut suasana tengkujuh di sekitar SK Medan Jaya :
![]() |
| Hujan lebat menyebabkan lebihan air di parit kantin sekolah. |
![]() |
| Hujan lebat melanda di kawasan sekolah |
arms/berita...
Saturday, 9 November 2013
TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KURSUS DALAM PERKHIDMATAN
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
PERINGKAT SK MEDAN JAYA, MARANG


VLE-FROG
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
PERINGKAT SK MEDAN JAYA, MARANG


VLE-FROG


DOKUMEN STANDARD KURIKULUM & PENTAKSIRAN
DSKP-KSSR

PPPM
SABTU | 9 NOVEMBER 2013 | 8 PAGI-1 PETANG
MAKMAL KOMPUTER SK MEDAN JAYA,MARANG
KEHADIRAN SEMUA GURU ADALAH DIWAJIBKAN.
KEHADIRAN SEMUA GURU ADALAH DIWAJIBKAN.
Friday, 8 November 2013
MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN DAN MAJLIS JASAMU DIKENANG SK MEDAN JAYA 2013
Kuala Terengganu: 7 November 2013: Majlis jamuan akhir tahun dan Majlis Jasamu dikenang SK Medan Jaya telah diadakan di Prinzpark Hotel, Kuala Terengganu. Majlis yang diadakan pada jam 3.00 petang itu dihadiri oleh semua warga sekolah termasuk YDP PIBG sekolah iaitu YM Engku Hamzah b Engku Jalil. Majlis tahunan ini juga turut diselitkan dengan Majlis Jasamu dikenang meraikan Pn Hajjah Najibah bt Mohd Daud yang akan memasuki alam persaraan hujung tahun ini.
ATURCARA MAJLIS:
| - Aluan Pengacara Majlis oleh En. Izzat bin Mohd Nor |
| - Pimpinan Doa oleh En. Azarul Razamin bin Mat Said. |
| - Sejarah perkhidmatan Pn Hajjah Najibah oleh En.Badrul Hisham. |
| - Ucapan Guru yang diraikan iaitu Pn Hajjah Najibah bt Mohd Daud. |
| - Ucapan Pengerusi KGKT, En Rosli b Mamat |
| - Ucapan Pn Hajjah Limah bt Mohd, Guru Besar SK Medan Jaya. |
ACARA MAKAN-MAKAN
GALERI GAMBAR SEKITAR MAJLIS BERLANGSUNG
![]() |
| Ucapan perpisahan sempena persaraan Pn Hjh Najibah Daud Guru Kelas Tahun 6 Amanah 2013 |
![]() |
| Ucapan Guru Besar |
![]() |
| Penyampaian cenderahati kepada Hjh Najibah |
![]() |
| Fotografi kenangan |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...
-
Majlis Tadarus al-Quran sempena Ramadhan 2016 Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadhan ini, pihak panitia Pendidikan Islam berjaya me...
-
Medan Jaya (26 Jun 2014) : Panatia Pendidikan Islam dan Panatia Bahasa Arab dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah (PSS) menganjurkan...
-
Majlis Berbuka Puasa Bersama Murid Tahun 6 2016 23 Jun 2016 ( Khamis ) : Majlis Berbuka Puasa bersama AJK PIBG dan Murid-Murid Tahun 6 ca...
















