Monday, 18 March 2013

"AL-QURAN PENJANA TRANSFORMASI UMMAH"

MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KPM
PERINGKAT ZON 2B DAERAH MARANG, TERENGGANU
19 Mac 2013 | SK Kubu, Pengkalan Berangan.

Anjuran : Pejabat Pelajaran Daerah Marang


MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH MARANG 
TAHUN 1434H/2013 M
19 Mac 2013 | Masjid al-Barakah, Kg. Cerang Cina, Wakaf Tapai.

Anjuran : Pejabat Agama Daerah Marang

UCSI TERENGGANU LAWAT SK MEDAN JAYA


Medan Jaya, Marang : UCSI Kampus Terengganu di Bukit Kor, Marang telah melakukan lawatan kerja rasmi ke Bilik Kesihatan SK Medan Jaya, hari ini. Ketibaan kumpulan pelawat tersebut dirai oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) yang baru bertugas di sekolah ini, Pn. Rugayah Abu Bakar.

Pn. Rugayah yang memulakan tugas minggu ini menggantikan Che Harun Abdullah yang bertukar ke SK Bukit Bayas, Kuala Terengganu.

Lawatan bertujuan membuat kajian berkenaan penyakit tulang belakang di kalangan wanita. Kajian di sini akan berfokus di kalangan murid perempuan Tahun 6. 

Blogger Team mengucapkan selamat menjalankan kajian. Semoga dapatan kajian yang dijalankan membawa manfaat bersama. Kesihatan unggul bermula dengan gaya hidup yang sihat.

Staf UCSI Kampus Bukit Kor, Terengganu meninjau kemudahan
di Bilik Kesihatan SK Medan Jaya.

GPK HEM SK Medan Jaya, Pn. Rugayah Abu Bakar
memberi layanan kepada pelawat.

Thursday, 14 March 2013

SK MEDAN JAYA CEMERLANG DALAM PELAKSANAAN PENDIDIKAN KHAS TAHUN 2012


SYABAS DAN TAHNIAH :
Penerima Anugerah Penghargaan Pendidikan Khas JPNT 2012
bergambar kenangan bersama EXCO Kebajikan Kerajaan Negeri,
Pengarah Bahagian Pendidikan Khas KPM
dan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

Kuala Terengganu (16 Mac 2013) : Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) di SK Medan Jaya telah diiktiraf sebagai Program Contoh Tahun 2012.

Guru Besar menerima Anugerah Khas Program Pend. Khas Integrasi Contoh
Tahun 2012 daripada Pengerusi JK Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan 
Wanita Negeri Terengganu, YB Dato' Hj. Yahya bin Khatib Mohamad.

Guru Besar Cemerlang SK Medan Jaya, Marang
Pn. Hjh. Limah binti Mohd pamer Sijil Anugerah Khas daripada JPNT.

Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah menganugerahkan kepada sekolah ini Anugerah Khas Program Pendidikan Khas Integrasi Contoh 2012 di Majlis Pelancaran Program Keibubapaan Ibu Bapa/Penjaga Murid Pendidikan Khas Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Di majlis yang sama, Cik Azilawati Aziz, guru pendidikan khas dari sekolah ini telah dipilih sebagai penerima Penghargaan Khas Guru OKU Berjasa Tahun 2012.

Dewan Besar Wisma Darul Iman dipenuhi dengan jemputan terdiri daripada
ibu bapa/penjaga murid dan guru-guru.



Johan Hafazan MTQ Kebangsaan (Pendidikan Khas)
memperdengarkan Wahyu Ilahi/ayat-ayat al-Quran.

Tetamu kehormat majlis perasmian.

"Pemimpin Berjiwa Rakyat"

Penerima Penghargaan Khas Guru OKU Berjasa Tahun 2012
Cik Azilawati binti Aziz

Kejayaan Cikgu Azilawati Aziz dirai bersama Guru Besar SK Medan Jaya
dan ibu tersayang.
Majlis berlangsung di Dewan Besar Wisma Darul Iman dan disempurnakan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan Negeri Terengganu, Dato' Haji Yahya bin Khatib Mohamad yang juga ADUN Pengkalan Berangan, Marang.


Blogger Team mengucapkan syabas dan tahniah di atas penganugerahan tersebut.


arms/berita...

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD MARANG 2013 BERAKHIR



Penyampaian hadiah di Majlis Penutup Kejohanan Balapan dan Padang
MSSD Marang Kali Ke-22 Tahun 2013 disempurnakan oleh
Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Marang.

Seberang Marang : SK Bukit Sawa dan SMK Seberang Marang muncul sekolah terbaik rendah dan menengah selepas mencatat pungutan emas terbanyak di Kejohanan Balapan dan Padang, Majlis Sukan Sekolah Daerah Marang Kali Ke-22, Tahun 2013.

JK Hadiah Majlis Penutup Kejohanan

Antara jemputan rasmi di majlis penutup.

Larian Berpagar 100m Perempuan Bawah 12 Tahun
antara acara yang disertai oleh kontinjen SKMJ.

Peserta SKMJ di lorong 3, Anis Syakirah.


Kepada kontinjen SK Medan Jaya diucapkan syabas dan tahniah kerana berjaya menyertai kejohanan dengan jayanya. Semoga berusaha lagi di tahun depan.


arms...

PEMBANGUNAN STAF 2013 - KULIAH ILMU AGAMA BERMULA

Penceramah Agama jemputan sedang menyampaikan Kuliah Ilmu Bulanan
kepada warga sekolah.

Medan Jaya, Marang : JK Pembangunan Staf telah menggerakkan program pemantapan diri menerusi siri kuliah ilmu agama secara bulanan. Ia bertujuan memperkasa diri guru dan anggota sokongan dalam mengharungi cabaran dalam membina kerjaya di bidang pendidikan.

Berikut adalah rakaman lensa yang sempat dirakam oleh Blogger Team SKMJ :


Guru-guru yang hadir mengikuti kuliah ilmu agama.

Anggota sokongan termasuk Pembantu Pengurusan Murid (PPM).


PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH : Ketahui Prestasi Anda...

Guru Besar, Pn. Hjh. Limah Mohd sedang menyampaikan taklimat
mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada warga sekolah.


Medan Jaya, Marang : JK Pentaksiran Sekolah telah mengadakan taklimat kepada semua murid mengenai sistem pentaksiran, baru-baru ini.

Ia merangkumi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada murid tahap 1 (Tahun 1 hingga 3) yang sedang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan beberapa pentaksiran pada murid tahap 2 (Tahun 4-6) termasuk PLBS, PAFA dan lain-lain.

Taklimat Pentaksiran Sains oleh Cg. Shahrul

Taklimat Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)
oleh Cg. Hjh. Najibah Daud

Sesi Taklimat dikelolakan oleh Setiausaha Pentaksiran Sekolah,
Cg. Suriati Ibrahim

Pn. Guru Besar ketika taklimat PBS.

Uszh. Radhiah Taib menyampaikan
taklimat Penilaian Asas Fardu Ain (PAFA)

Taklimat Pentaksiran Bahasa Inggeris oleh Cg. Mustapha yang juga
Penyelaras UPSR SK Medan Jaya.


arms...

Wednesday, 13 March 2013

LAWATAN OPERASI PERSEKOLAHAN KE SK MEDAN JAYA

SELAMAT DATANG KE SK MEDAN JAYA

Medan Jaya, Marang : SK Medan Jaya dikunjungi sekumpulan guru dari SMK Tun Telanai dalam meninjau dengan lebih dekat operasi persekolahan SK Medan Jaya, hari ini. Mereka turut meninjau kehijauan landskap dan persekitaran sekolah.

Blogger Team mengucapkan selamat datang kepada mereka. Semoga terjalin hubungan silaturrahim di kalangan warga pendidikan daerah Marang.


arm/berita...

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...