Tuesday, 17 May 2016


Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah Tahun 2016

Tarikh: 5 Mei 2016
Masa: 10:30 pagi – 12:40 tengahari
Tempat: Dewan Sakinah, SK Medan Jaya

Pada hari ini telah diadakan Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah Tahun 2016. Antara aktiviti yang di adakan pada hari ini ialah ceramah israk mikraj yang di sampaikan oleh Ustaz Mohd Fadhlan, kuiz agama dan persembahan murid-murid SKMJ. Tahniah kepada semua warga SKMJ yang menjayakan program ini...









 Ceramah Kesihatan dan Pameran Kesihatan 

4 Mei 2016 (Rabu) : Pejabat Kesihatan Daerah Marang telah mengadakan siri ceramah kesihatan dan pameran kesihatan keada semua murid SK  Medan Jaya pada 4 Mei 2016.

OBJEKTIF PROGRAM
  • ·   Menyampaikan info berkenaan amalan pergigian sihat dan amalan pemakanan sihat kepada semua murid
  • ·   Memberi latihan asas pengurusan kesihatan diri dan amalan cara hidup sihat kepada pelajar sasaran melalui ceramah, demonstrasi dan pameran kesihatan khusus berkenaan amalan pergigian dan pemakanan sihat
  • ·    Meningkatkan motivasi diri untuk enjadi contoh kepada rakan-rakan lain melalui ketrampilan diri yang berhemah, sahsiah yang terpuji, berakhlak mulia dan mengamalkan sikap sentiasa membantu rakan.








Saturday, 23 April 2016

21 APRIL 2016( Khamis) Lawatan bermaklumat ke Karnival Buku Negeri Terengganu, bertempat di Perpustakaan Negeri Terengganu. InsyaAllah memberi manfaat kepada murid-murid yang terlibat yang terdiri daripada murid tahun 5 dan 6 SK Medan Jaya






TAHNIAH DAN SYABAS.............


Sekalung tahniah dan syabas kepada Adik Fitriah bt. Abdullah dari kelas PPKI yg mewakili Daerah Marang mendapat tempat kedua untuk larian 4 x 100 MSST PPKI peringkat Negeri Terengganu. Tahniah...

Monday, 11 April 2016

Pemberian insentif dan penghargaan kepada murid-murud yang berjaya meningkatkan keputusan mereka dalam OTI 1. Tahniah ....semuga dapat memberi bersemangat dan lebih cemerlang di masa mendatang. Guru Hebat, Murid Terdidik, Sekolah Cemerlang. Itu doa kami....
MAJLIS TEMU MURNI GURU DAN IBU BAPA CALON UPSR 2016

11 April 2016 (Isnin) Majlis Temu Murni telah diadakan bagi murid tahun 6. Pendaftaran ibu bapa telah bermula seawal jam 9:00 pagi. Sambutan yang diterima adalah menggalakkan .

      Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk  membentangkan laporan pencapaian murid murid calon UPSR pada ujian OTI lepas. Selain itu majlis ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara guru dan ibubapa,penjaga tahun 6. Program ini diharap dapat meningkatkan potensi murid dan dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan diri dan sekolah.  Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab diantara guru dan para ibubapa, penjaga.

       Komitmen yang diberikan oleh ibu bapa amatlah dihargai. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri program temu murni ini. Semoga para murid SK Medan jaya akan terus berjaya dan mengorak langkah mencipta kejayaan.







SELAMAT HARI LAHIR CIKGU .........


Ahad:10 April 2016: Seramai  4 orang guru yang menyambut ulangtahun kelahiran pada April  diraikan pada pagi ini. Majlis diadakan seusai perhimpunan rasmi sekol ah. Antara guru yang terlibat ialah En Muhammad Hisham b Puteh, Pn Zaharah bt Samat, Pn Rodhiah bt Taib, Pn Zatil Armah bt Mustafa dan Pn Sharmila bt Mohd. Hadiah disumbangkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT).Guru Besar, Pn Khalijah bt Omar menyampaikan hadiah kepada guru yang terlibat.

Untuk guru-guru lain, sabar menanti bulan kelahiran masing-masing. Terima kasih dan Selamat Hari Lahir Cikgu!!

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...